Bab 25

108 10 0
                                    

Arumi Syauqina....

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi."

Aku memandang telefon pintar milkku. Sudah 10 kali aku cuba menghubungi Mulhim, namun semuanya berakhir dengan suara 'voicemail' tersebut. Mungkinkah dia sedang sibuk bekerja?

"Arumi! Kitorang dah siap ni!" Jerit Syuha dari luar bilik.

"Coming!" Jeritku lalu tergesa-gesa mencapai beg tangan dan keluar.

       Seperti yang dijanjikan, kami berempat menuju ke destinasi pilihan. Syuha dan Bella duduk di bahagian pemandu manakala aku dan Meen duduk di seat belakang. Kami berborak sambil bergelak ketawa dan mendengar nyanyian sumbang masing-masing. Sesekali, aku memeriksa jika Mulhim ada menghubungiku kembali atau meninggalkan sebarang mesej namun hampa.... Tiada sebarang response diterima.

***************

Arief Mulhim....

Aku masuk ke dalam bilik pejabat dan melepaskan lelah bekerja. Smartphone dikeluarkan dari poket dan dilihat. 30  missed call dan 68 mesej Whatsapp daripada Arumi. Aku menghela nafas berat. Kepenatan yang belum hilang menyebabkan aku tiada 'mood' ingin membalas jadi aku hanya membiarkan sahaja.

Kaki melangkah keluar dan aku cuba menenangkan fikiran. Sedang asyik berjalan di ruangan hospital, aku terserempak dengan  Syasya Afiqa.

"Eh, Syasya! Dari mana?" Tegurku ramah. Syasya memandang ke arahku lalu membalas,

"Eh,Mulhim! Saya on the way nak ke cafe. Nak minum kopi sambil hilangkan letih. Banyak kerja harini."

"Oh, sehaluan la kita. Nak minum kopi dengan saya?" Aku mengajaknya. Syasya pada mulanya kelihatan terkejut dengan ajakanku namun perlahan-lahan menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Kami tersenyum sesama sendiri dan menuju ke cafe bersama-sama. Sesekali, kami bergurau senda dan ketawa.

"Awak nak kopi apa? Saya belanja." Aku bertanya.

"Err... Takpelah. Biar saya order sendiri." Jawab Syasya.

"Takpe takpe. Bukan selalu saya belanja." Aku tetap dengan pendirianku untuk membelanjanya.

"Kalau macam tu... Awak beli cappuccino ice untuk saya.." balas Syasya selepas terdiam beberapa minit. Aku menganggukkan kepala.

"No problem, saya pergi order dulu." Balasku lalu pergi ke kaunter order. Setelah mendapatkan kopi yang dipesan, aku membawa dulang berisi kopi itu perlahan-lahan ke meja yang Syasya duduki.

"Nah, cappuccino ice awak." Aku meletakkan kopi milik Syasya di hadapannya.

"Terima kasih, Mulhim.." balas Syasya sopan. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala. Terasa ringan sedikit beban melihat senyumannya yang ikhlas itu.

"So, apa khabar Arumi?"

Aku terdiam. Otak ligat memikirkan jawapan yang paling selamat untuk diberi. Memikirkan keadaan aku dan Arumi yang ke arah perpisahan ini, aku tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.

"Err... Dia baik-baik sahaja." Balasku.

Syasya menganggukkan kepala.

"Awak pulak? Sihat ke? Dah ada pengganti ke belum?" Aku cepat-cepat menukar topik.

"Alhamdullilah, macam ni la saya, Mulhim. Sihat je. Pasal pengganti.... Entah, saya tak rasa untuk bercinta. Just want to focus on my career." Jawab Syasya. Aku menganggukkan kepala tanda faham.

"Dengar cerita Arumi mengandung?" Syasya cuba menebak lagi. Aku terkejut namun perlahan-lahan menganggukkan kepala.

"Wahhhh tahniah! Bila due date dia? Kembar ke tak?" Syasya tanya dengan nada teruja.

Aku terdiam sekali lagi. Even due date dia pun aku tak tahu, apatah lagi jantina anak yang dikandung.

"Arumi mengandung baru tiga bulan. Jantina pun tak nampak lagi lelaki atau perempuan.." aku menjawab dengan perasaan ralat.

"Owh... Okay okay. Excited korang berdua dah nak jadi parents. Saya ingat lagi dulu betapa berusahanya Arumi nak jadi yang terbaik untuk awak. Syukurlah usaha dia tak sia-sia. Korang berdua dah nak jadi parents dah pun. Tahniah!" Syasya masih lagi dengan perasaan terujanya.

Aku buat-buat gembira tetapi jauh disudut hati... Aku sudah tidak merasakan apa-apa... Melainkan ingin mempercepatkan perpisahan yang tertunda...

Aku tertunduk... Mungkin Arumi sudah mencuba yang terbaik untuk hubungan ini... Tetapi aku yang tidak mampu menjadi yang layak untuk menerima cintanya....

****************

Arumi Syauqina....

      Suasana pantai yang dihiasi bunyi deruan ombak menenangkan hati. Tanganku masih setia memegang telefon pintar, bimbang sekiranya aku terlepas panggilan daripada Mulhim atau lambat membalas mesejnya.

     Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sudah melepasi waktu bekerja dan sepatutnya Mulhim telah melihat telefonnya saat ini. Tetapi, kosong.... Mungkin dia terlalu penat sehingga tidak sempat melihat ke arah telefon pintarnya.

       Aku memejamkan mata dan menghayati bunyi deruan ombak yang diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Harapanku untuk melihat dia membalas panggilan dan mesejku masih utuh. Tidak mengapa sekiranya dia membalas malam nanti... Tetapi aku tetap percaya yang dia juga akan mencariku kembali....

"Arumi..." Panggil Meen yang hanya memerhatikanku sedari tadi. Aku memandangnya sambil membalas,

"Hurm?"

"Kau okay ke tak?" Tanya Meen bimbang. Aku menyimpulkan sebuah senyuman dan menganggukkan kepala. Bella dan Syuha yang sedang bermain air di tepian pantai kulihat.

"Jangan tipu aku, Arumi...", Ucap Meen. Aku menghela nafas berat lalu memandangnya kembali.

"Aku dengan Mulhim.... Dah makin tak sehaluan.... Dulu, aku takut kalau aku kehilangan dia... Sebab cinta aku memang mati untuk dia seorang je... Tapi sekarang, aku tak tahu kalau hubungan ni masih ada erti. Dalam erti kata lain, aku cuba ikhlaskan kalau kitorang ditakdirkan berpisah..." Aku cuba meluahkan isi hati.

Meen menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Teruskan berjuang kalau kau rasa itu yang terbaik. Jangan pernah mengalah, InsyaAllah kau dengan dia akan sehati balik. Jangan ikutkan sangat, mungkin semua tu mainan syaitan. Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk perkahwinan kau." Pesan Meen. Aku tersenyum kelat.

Telefon pintar ditangan dilihat sekali lagi. Ada satu Whatsapp mesej daripada Mulhim. Cepat-cepat aku membukanya dengan hati yang berdebar.

'baru balik kerja. Penat ni. Nanti la balas kalau dah free.'

Hanya itu balasannya. Hati aku tiba-tiba bagaikan dicincang lumat. Seharian aku menunggu balasan daripada dia tetapi hanya itu sahaja balasan yang diberi.

"Meen, aku nak jalan-jalan tepi pantai kejap." Aku meminta diri lalu bangun dan berjalan sejauh yang mungkin daripada rakan-rakanku. Setapak demi setapak aku melangkah tanpa arah diiringi setitis demi setitis air mata yang jatuh tanpa dapat dibendung lagi...

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now