Bab 26

118 12 0
                                    

Tiga hari kemudian...

Di keheningan sepertiga malam, Arumi menghamparkan sejadah dan melakukan solat Tahajjud seperti selalu. Dalam linangan air mata,dia meminta yang Maha Esa agar terus memberikannya kekuatan untuk menempuh kehidupan.

Sedang kusyuk berdoa, fikirannya menangkap bayangan Mulhim. Air mata yang telah kering sekali lagi mengalir laju. Ya Allah, andai perpisahan yang terbaik untuk kami... Maka percepatkanlah... Biarkan suamiku, Arief Mulhim bin Abdullah mendapat kebahagiaan yang dicari....

Sudah tiga hari berlalu, namun Mulhim tidak pernah menghubungi dirinya. Mesej juga ditinggalkan 'bluetick' tanpa balasan dan
panggilan yang dibuat semua tidak dijawab. Arumi merasakan bahawa hubungan mereka kini bagai digantung tidak bertali.

Selesai mengaminkan doa, Arumi bangkit melipat sejadah. Mata yang masih segar membuatkan Arumi tidak lena tidur. Dalam fikirannya hanya Mulhim. Sihatkah dia? Adakah dia terlalu sibuk bekerja? Dia tak rindu aku ke? Pelbagai pertanyaan singgah di benaknya.

****************

Di tempat yang lain, Arief Mulhim sedang ralit melihat pemandangan malam melalui apartment yang didudukinya. Rumah banglo lamanya telah dijual dan dia berpindah ke apartment di tengah bandar yang lebih dekat dengan hospital tempat dia bekerja.

Memandangkan esok hari cuti, Mulhim tidak mengikut jadual tidurnya seperti kebiasaan. Di dalam fikirannya memikirkan Syasya. Wanita itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sentiasa positif dan kuat walaupun kadangkala ditimpa masalah. Mulhim tersenyum. Mustahil wanita seperti itu tidak mempunyai sesiapa di dalam hatinya.

Satu panggilan telefon masuk dan nama Arumi tertera di skrin telefon pintarnya. Mulhim merenung lama ke arah nama tersebut sehinggalah panggilan dimatikan. Jam menunjukkan tepat 3 pagi. Mulhim tertanya-tanya di dalam hati, kenapa perlu membuat panggilan pada waktu sebegini?

Panggilan atas nama pemanggil yang sama masuk lagi. Dengan helaan nafas yang berat, Mulhim menerima panggilan tersebut.

"Abang...?" Suara Arumi kedengaran.

"Hurm.." jawabnya malas. Hatinya terus ditimpa rasa sakit yang amat. Kepala laju memutarkan kembali saat Arumi melafazkan keinginannya untuk berpisah.

"Kenapa tak angkat call? Kenapa tak balas mesej? Dah tiga hari abang diam." Tanya Arumi bertalu-talu dengan nada cemas. Mulhim sekali lagi menghela nafas berat.

"Sibuk kerja. Tak sempatlah nak tengok phone.", Tipu Mulhim. Sedangkan jauh disudut hati.... Betapa dia ingin meminta insan bernama Arumi Syauqina untuk tidak mengganggunya lagi buat masa ini.

"Takkanlah nak balas Whatsapp saya pun abang tak sempat?" Tanya Arumi lagi. Mulhim mula menjadi bengang.

"Dah cakap sibuk tu sibuk la. Kenapa susah sangat nak faham ni???" Jawabnya dengan nada yang naik seoktaf.

Suasana menjadi sunyi seketika.

"Arumi rindu abang... Arumi rindu Mulhim yang dulu... Arumi rindu kita..." Ucapnya seraya mulai menangis teresak-esak. Mulhim tergelak.

"Rindu??? Oh, pandai rindu bila hilang depan mata! Tapi, siapa dulu erk yang cakap nak berpisah??? Siap minta cerai lagi." Ujar Mulhim tanpa sekelumit perasaan pun kepada Arumi.

Suara Arumi menangis kedengaran di hujung talian. Namun Mulhim tetap membatukan diri tanpa memujuk isterinya. Perasaan sayangnya sudah mula hilang buat Arumi selepas Arumi meminta penceraian berbanding memahami situasinya yang juga tersepit antara kehendak bapa mentuanya dan masa depan Arumi.

Baginya Arumi membuat keputusan yang mementingkan diri. Mulhim merahsiakan punca kematian ibu Arumi demi masa hadapan isterinya. Dia melakukan semua itu agar isterinya dapat meneruskan pengajian di Mesir tanpa sebarang gangguan perasaan dan mencapai cita-citanya. Tetapi Arumi sanggup meminta cerai setelah mengetahui situasi sebenar berbanding cuba memahami bahawa dirinya juga terseksa untuk menyimpan kenyataan itu.

"Saya minta maaf..." Hanya itu yang mampu diungkapkan Arumi setelah agak lama menangis. Tubir mata Mulhim mulai bergenang.

"Dah la, dah mengantuk. Kalau takde apa-apa dah nak cakap, abang off dulu. Assalamualaikum." Balas Mulhim lalu mematikan panggilan.

Dia masuk ke dalam apartment dan memandang cermin yang berada di ruang tamu. Dinding ditumbuk dengan sekuat hati dan air mata mula jatuh satu persatu.

maafkan aku Arumi... Aku yang gagal jadi suami kau...

***************

Usai solat Subuh, Arumi terus berlari ke bilik air. Matanya terbeliak melihat banyak darah segar yang keluar dari kerongkongnya. Namun, dia tidak berasa sakit di mana-mana. 

Arumi cuba bersangka baik. Mungkin kerana sekarang cuaca di Malaysia agak panas dan dia kurang minum air masak. Namun, sangka baiknya hancur dalam sekelip mata apabila dia sekali lagi memuntahkan darah yang banyak ke dalam sinki. Darah yang keluar kali ini berwarna merah kehitam-hitaman.

Badannya mulai menggigil. Arumi duduk bersandar di dinding bilik air. Dia cuba memanggil Syuha namun suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

"Ya Allah,Arumi!" Suara Bella menjerit kedengaran. Bella datang ke arah Arumi lalu memapahnya. Namun apa yang berada di dalam sinki mengejutkannya.

"Syuha! Meen! Arumi muntah darah ni! Ya Allah!" Jerit Bella cemas. Mereka berdua berlari masuk ke dalam bilik dan memeriksa keadaan Arumi.

Semua terkejut dengan apa yang dilihat. Keadaan menjadi huru-hara dan mereka bersiap ala kadar lalu mengejarkan Arumi ke hospital yang berdekatan.

Pandangan Arumi mula terasa kelam. Suara rakan-rakannya perlahan-lahan bertukar menjadi sepi. Dunia bagaikan menjadi gelap dalam sekelip mata.....

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now