Bab 20

648 95 6
                                    


Dua bulan kemudian....

Arief Mulhim...

"Along!!! Mari makan ni!!" Laung mak dari dapur. Aku yang baru selesai menukar pakaian membalas,

"Baik mak! Kejap, along datang ni!"

Gambar Arumi yang berada di dalam dompet ditatap sekilas dengan penuh rindu sebelum aku keluar menuju ke dapur. Sudah sebulan berlalu, aku langsung tidak mendengar khabar arumi di mana. Hatta hari family aku datang melawat ayah dia di hospital, mereka kata Arumi tiada disitu.

Langkah kaki sampai ke dapur. Aku lihat adik beradikku yang lain sudah berada di meja makan menunggu kehadiranku. Aku mengambil tempat di sebelah Aira dan kami sekeluarga makan tengah hari bersama.

Diam, kami tidak bergurau senda seperti selalu. Aku memandang ke arah mak. Semenjak Arumi pergi, mak agak diam berbanding biasa. Aku tahu... Mak mesti risaukan satu2nya menantu dia tu. Aku menghela nafas berat.

Maaf mak... Along tak jumpa lagi kat mana Arumi....

Selesai sahaja makan, mak dan ayah berehat di ruang tamu manakala kami lima beradik seperti kebiasaannya akan bersama2 kemas meja makan dan basuh pinggan.

"Along..." Panggil Iqa, adik bongsuku dengan nada berbisik. Aku berpaling ke arah Iqa.

"Along memang taknak cari kak Nana ke...?" Tanya Iqa sambil memandang sayu ke arahku. Semua adik beradikku langsung melihat ke arah kami. Aku hanya tertunduk. Tidak tahu ingin membalas apa.

"Along... Kak Nana tu masih jadi isteri along tau... Kalau along benci dia sekalipun..."

"Iqa, kenapa cakap macam tu kat along? Along tak sihat lagi kan. Nanti bila along dah sihat along cari la. Dah, jangan buat along pressure. Nanti dia susah nak sembuh." Muslim memotong kata2 Iqa.

Aku hanya meneruskan tugasku sehingga selesai. Iqa dan yang lain tidak menanyakan apa2 lagi soalan selepas itu. Mungkin mereka takut soalan2 itu mengganggu aku. Mungkin juga mereka dah penat bertanya mewakili mak dan ayah. Sepanjang aku duduk di rumah selepas discharged hospital, sudah berapa kali aku diajukan soalan sebegitu. Tetapi aku hanya biarkannya tidak berbalas. Sebab aku sendiri tidak tahu... Jawapan apa yang harus aku beri...

Aku masuk kembali ke dalam bilik. Gambar Arumi ditatap lagi. Rindu yang bersarang dihati hanya aku yang tahu peritnya. Keadaan aku yang belum sembuh sepenuhnya selepas pembedahan membataskan usaha aku untuk menjejaki kedudukan Arumi.

Smartphone diambil dan aku menelefon nombor Arumi untuk kesekian kalinya. Masih tidak berjawab seperti selalu. Aku menghela nafas. WhatsApp aku kena block, akaun Instagram pun dia block. Facebook? Email? Call? Dah, semuanya aku dah Cuba. Still sama resultnya.

Hati aku terasa sakit. Benci betul Arumi pada aku kali ini. Sampai sanggup dia block aku kat semua media sosial. Aku meraup wajah dengan kasar dan memanggil nombor telefon Arumi sekali lagi.


*****************

Arumi Syauqina...

Smartphone yang berdering entah berapa kali aku biarkan tidak berjawab. Mataku menatap kosong ke arah nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.

'Mine❤'

Ya, Mulhim semakin kerap menelefonku sejak kebelakangan ini. Tetapi aku tidak akan jawab walau satu panggilan pun. Aku takut aku tidak kuat untuk berkata2 jika aku mendengar suaranya nanti. Aku takut rindu yang aku rasa ini akan membuatkan aku menangis. Aku nak lihat sejauh mana Mulhim akan terus berusaha untuk meminta maaf kepadaku kerana perbuatan dia sendiri.

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now