Arief Mulhim...
Aku menghirup kopi sambil memerhatikan bumi yang dibasahi hujan renyai-renyai. Tenang rasanya bila sudah selamat berada di rumah ibu bapaku. Arumi telah aku letakkan di dalam bilikku sebaik saja sampai disini.
Sesekali,fikiranku terganggu dengan apa yang telah ustaz Hamidi katakan kepadaku. Siapa dia ni? Berani betul buat perjanjian dengan syaitan. Tak cukup dengan kematian arwah ibu ... Dia nak nyawa Arumi pulak??? Ish,tetiba panas pulak hati aku dengan dalang di sebalik semua ni.
Di dalam kepalaku telah ligat memikirkan nama2 yang pernah bermusuhan dengan kami berdua. Khalida?? Uish, lama tak dengar khabar berita juvana yang seorang itu. Erm.. Matilda? Adeh, rasanya tak kot. Orang baru la kira ni. Hurm...
"Along..." Panggil adikku, Airis Mardhiya a.k.a Yaya di belakang. Pantas aku berpaling bersama kening yang terangkat sebelah menandakan 'apa?'. Muka Yaya dah pucat semacam aku tengok. Dia cuba mengatakan sesuatu tetapi lidahnya bagaikan kelu.
"Yaya, dah bagitau along ke belum?" Tanya mak yang muncul entah dari mana. Serentak kami berdua memandang mak.
"Mak la bagitau.. Yaya tak boleh la.." balas Yaya dengan nada ingin menangis. Aku dah mula berdebar. Rasa macam something wrong dah berlaku. Dah la aku, Yaya dan mak je yang ada rumah sekarang. Ayah tak ada pergi meeting. Muslim,Aira dengan Iqa duduk asrama tengah sambung belajar lagi.
"Tadi mak lalu depan bilik kamu dengan Yaya.. Kami dengar Arumi sekejap menangis, sekejap gelak.. Mak tak rasa tu Arumi..." Bisik mak. Fuhhh, automatik naik menegak bulu roma aku. belakang tengkukku digosok perlahan. Camne ni... dia buat lagi guyssss...
"Ada apa2... yang along rahsiakan daripada mak ke..?" tanya mak apabila melihat aku seperti memikirkan sesuatu. Terkejut aku mendengarnya. Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk menjawab soalan mak, kami dikejutkan dengan kehadiran Arumi secara tiba2 yang menuju perlahan2 ke arah kami.
Tak, aku tak rasa seram pun kalau dia jalan perlahan2 walaupun rumah kami ni suram dengan hujan yang semakin lebat di luar. Masalahnya, dia dah la jalan perlahan2. Dia bawak pulak pisau di tangannya. Ko rasa???
Aku membawa mak dan Yaya ke belakangku perlahan2. Bimbang kalau benda tu bertindak agresif tetiba. Mata Arumi yang hitam kesemuanya semakin galak merenungku bersama senyuman seramnya.
"Arumi... tolong jangan macam ni.. bawak mengucap, sayang..." aku cuba memujuk.
"Siapa Arumi kau??!!!" jeritnya nyaring sambil terus melangkah mendekatiku.
"Kau nak ape...? kenapa ganggu keluarga aku??!!" tanyaku cemas sambil mengundur ke belakang diikuti mak dan Yaya.
"Tuan aku hantar aku untuk musnahkan hubungan kau berdua! Dia kata, dia benci melihat kamu berdua bahagia! Hihihihih.." balas 'benda' itu.
"Siapa tuan kau?? beritahu siapa tuan kau..." Aku cuba mengumpannya memberitahu si pelaku. 'Dia' ketawa mengilai sejurus aku berkata begitu.
"Itu tidak penting... Sekarang, aku lapar! Tuan aku sudah sebulan tidak memberiku makan! Aku mahu darah Arumi kau sebagai gantinya!hihihihihih.." katanya lalu cuba menghiris nadi Arumi menggunakan pisau yang dipegangnya.
"Allahu Akbar!!!" jeritku cemas. Okey, no choice. Aku melaungkan azan sekuat hati. 'Dia' yang berada dalam badan Arumi menggelupur kesakitan dan menjerit-jerit.
Pisau ditangannya semakin didekatkan ke bahagian nadi. Aku pantas berlari dan memegang kuat kedua2 belah tangannya.
"Lepaskan Akuuuu!!!!! Aaarghhhhh!!!! hihihihih.... Hahahahahahah!!!" jeritnya bagaikan orang gila seraya bergelut untuk melepaskan genggamanku. Aku menghabiskan laungan Azan sehinggalah...
Crakk!!!
Mataku terbeliak.
"Along!!! Ya Allah!!!!" Jeritan mak di belakang medengaran. Menggigil aku apabila mendapati pisau tadi terpacak didada sebelah kiriku. Darah membuak2 mengalir dan aku semakin membongkokkan badan. Kesakitan yang sangat dahsyat mulai menular dari dalam. Arumi terus jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri selepas itu.
Aku rebah perlahan-lahan dan terbaring ke lantai. Nafasku terasa bagaikan tersekat separas tekak sahaja dan dadaku terasa sangat pedih dan berat. Darah pekat mengalir dari hidung dan mulutku. Ya Allah... Adakah ini pengakhiran hidup aku...?
Aku berasa ada seseorang memangku kepalaku. Aku pandang dia.. Mak... air matanya menitis mengenai dahiku. Apa yang mak cuba katakan tidak dapat aku dengari dengan jelas. Segalanya bagaikan sunyi.. hanya bunyi dengung sahaja yang kedengaran. Air mata aku mengalir selaju2nya.
Aku cuba melafazkan dua kalimah syahadah dalam keadaan di ambang maut itu... Ya Allah.. Ampunkan aku...
Dan apa yang aku nampak sebelum dunia aku terus gelap ialah....
Ayah yang baru balik... berlari ke arahku...
Dengan muka cemas.....
***************
Arumi Syauqina....
Aku terjaga dari tidur yang panjang dan mendapati diriku berada di dalam bilik tidur Mulhim.. Suasana bilik yang gelap ditambah lagi dengan hujan lebat di luar menggelapkan lagi pandanganku. Aku laju bangun dan membuka suis lampu. Hah, baru terang! Eh, ni rumah mak mentua aku ni! Alamak, mampus aku. Dah la tidur lama. menantu jenis apa la aku ni!
Mulhim pun satu! Tinggal aku sorang2 kat bilik ni. Tak kejutkan aku pulak tu... Aku mendengar sayup2 suara lelaki sedang berbual dengan seseorang dari luar bilik . Laju aku menyarungkan tudung dan keluar dari bilik. Langkah kutuju ke ruang tamu.
"Macam mana along..?"
"Ya Allah... Allahu Akbar..."
Suara bapa mentuaku kedengaran sedang bercakap dengan seseorang melalui voice call. Okey, sekarang ni ayah sebut 'along' means Mulhim. Eh...? aku rasa tak sedap hati dah ni...
"Kalau denyutan jantung dia terus drop jugak lagi 5 minit, awak ajarlah dia mengucap... Saya takut saya tak sempat sampai sana... Nana tak sedar lagi... dan saya dengan Muslim dan Aira pun tengah tunggu dia sedarkan diri lagi ni...." Suara ayah kedengaran lagi dengan nada yang sedang menahan tangis. Aku menekup mulutku mendengar kata2nya. kenapa dengan suami aku????
"Ayah... kenapa...?" suara Muslim pula kedengaran bertanya selepas ayah mematikan voice call. kudengar ayah menghela nafas berat dan diiringi suara esak tangis Aira dan suara Muslim menyebut, "Allah... Ya Allah..."
Aku bertindak untuk munculkan diri di hadapan mereka dan bertanya,
"Kenapa.... dengan Mulhim....?" tanyaku dengan air mata yang mulai bergenang di tubir mata. Semua disitu terkejut melihatku. Ayah hanya berdiam diri manakala Muslim berpaling ke arah lain. Aira bingkas bangun dari sofa dan menghampiri aku.
"Kak Nana..." panggilnya dengan suara serak.
"Ya...?" balasku dengan muka pelik tapi di dalam hati aku dah rasa sebak sebab dah boleh agak apa yang berlaku bila melihat reaksi dia. Dia menangis lalu memelukku.
"Aira... cakap elok2... Along mana, Aira...?" tanyaku masih ingin tahu apa yang berlaku. Air mata telah menitis satu persatu kerana terbayangkan kemungkinan perkara yang telah berlaku dan aku tidak tahu.
"Kita pergi hospital sekarang..."beritahu ayah dengan riak muka yang cuba dikawal. Aira membawaku keluar dari rumah dan kami menaiki kereta menuju ke hospital.
Muslim memandu kereta dan ayah di sebelah. manakala aku dan Aira berada di belakang. Semua diam dan dan bagaikan mengelamun.
"Ada... apa2 yang saya tak tahu ke...?" tanyaku cuba mengorek rahsia. Ayah dan Muslim saling berpandangan. semacam memberi bahasa isyarat. Aira disebelah kembali ingin menangis.
"Nanti ayah cerita...." hanya itu sahaja jawapan bapa mentuaku. Aku tidak berhasrat untuk bertanya lebih banyak kerana bimbang akan terus mengganggu emosi mereka... dan aku....
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...