Arumi Syauqina...
Aku sedang mengambil angin sepertiga malam yang hening. Serba sedikit perasaanku yang bergelora menjadi setenang pagi itu. Aku berpaling ke belakang apabila perasan ada seseorang sedang berdiri dibelakangku.
Sebuah senyuman terukir apabila mendapati ayah yang sedang berada disitu. Aku cuba mendekati ayah. Namun, selangkah aku merapatinya, terasa semakin jauh aku dengannya. Aku berasa pelik lalu memandang ayah meminta penjelasan. Ayah hanya memberikan aku sebuah senyuman yang merawat luka dihati.
"Ayah, Nana mengandung. Mesti ayah tak sabar kan nak tengok cucu sulung ayah." ujarku teruja. Ayah menganggukkan kepala dan aku dapat rasakan bahawa dia menasihati agar aku menjaga kandunganku baik2.
Aku cuba mendekati ayah sekali lagi. Dan jarak ayah semakin jauh dari aku. Aku pandang ayah,sekali lagi meminta penjelasan. Entah bagaimana, melalui pandangan mata ayah,aku dapat rasakan bahawa ayah memberitahu bahawa inilah masanya untuk dia 'pergi'.
Air mataku mengalir. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu dia pergi. Namun dia bagaikan berkata kepadaku bahawa aku tidak akan apa2 dan sekali lagi memintaku menjaga kandunganku baik2.
Aku terus menerus menggelengkan kepala. Bersama air mata yang berjuraian dipipi,aku berlari mendekati ayah namun bagaikan ada cahaya putih yang terpancar mengaburi pandanganku. Aku tetap berusaha sehingga aku meraih ayah dan memeluknya.
Ayah membalas pelukanku dan aku dapat rasakan bahawa dia sedang berpesan kepadaku agar aku jangan bersedih dan teruskan hidup walau dia,ibu dan Yani tiada disisi. Cahaya putih semakin terang sehingga aku tidak nampak apa2 dan....
Aku terjaga daripada mimpi dengan berpeluh-peluh. Air mata mulai mengalir laju. aku pergi ke arah ayah di dalam wad ICU. Aku memeriksa nadi ayah. Masih ada cuma....
Semakin perlahan.
Aku mengesat air mata dan kembali ke ruang menunggu. Seketika aku termenung memikirkan mimpi yang baru kualami tadi. Smartphone dibuka dan aku mendapati ada satu mesej daripada Mulhim.
Terus aku call nombornya dan dan menyuruhnya supaya segera datang kesini. Aku kembali termenung selepas itu. Kawasan ruang menunggu sangat hening pada waktu itu. Hanya terdapat beberapa orang yang menjaga ahli keluarga mereka yang sakit sedang tidur di kerusi yang berlainan. Aku memandang jam ditangan. Sudah pukul 2 pagi. Mimpi tadi benar2 mengangguku.
Tidak lama kemudian,Mulhim sampai ke ruang menunggu dan aku laju menarik tangannya agar keluar dari kawasan itu. Balkoni hospital yang lengang menjadi pilihanku. Aku menyandarkan badanku ke tiang dan cuba menenangkan diri dari rasa ingin menangis.
"Kenapa ni sayang?" tanya Mulhim terpinga2.
"Saya mimpi....saya...mimpi..." aku cuba menceritakan perihal mimpiku namun suara seakan2 tersekat dikerongkong. Dadaku terasa sakit dan air mata kembali mengalir.
"Eh,sayang...!" tegur Mulhim dengan nada terkejut apabila melihatku tiba2 menangis. Dia memegang bahuku dan cuba menenangkan aku.
"It's okay... It's okay... Take your time... Abang tunggu...." Mulhim memujukku. Aku menggelengkan kepala tanda aku memang tidak boleh mengungkap apa2 perkataan saat itu. Jiwaku hanya ingin menangis semahu2nya membayangkan aku bakal hilang satu2nya ahli keluarga yang ada setelah kematian Yani dan ibu....
"Nak menangis kat bahu awak, boleh...?" Tanyaku sambil memandangnya. Mulhim laju menganggukkan kepalanya. Tanpa banyak bicara, aku memeluk tubuhnya dan menyandarkan kepalaku dibahunya. Air mata merembes keluar tanpa henti. Sukar untuk aku bertenang saat ini. Hanya air mata yang mampu mengungkapkan apa yang aku rasa dalam hati.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...