Imbas kembali....
"Abang,since doktor cakap anak kita perempuan... Abang dah ada nama ke untuk anak kita?" Tanya Arumi kepada Mulhim. Mulhim tersenyum lalu membalas,
"Sayang pilih la nama. Abang nak anak sulung kita ni biar sayang yang pilih namanya".
"Kalau macam tu, saya nak namakan dia Ariessa Malaiqa. Maksudnya, 'Bidadari yang kuat'. Boleh tak?" Tanya Arumi lagi sambil mengusap lembut perutnya.
"Ariessa Malaiqa... Abang suka nama tu. Pandai sayang pilih." Puji Mulhim sambil turut mengusap perut isterinya...
***************
Arief Mulhim...
Aku memandang wajah anakku, Ariessa Malaiqa yang sedang nyenyak tidur. Anak kecil ini masih tidak mengerti bahawa ibunya telah pergi. Air mata jatuh berderaian buat kesekian kalinya. Sungguh aku tak kuat. Aku sedia maklum bahawa hidup Arumi tidak lama kerana kanser yang dihidapinya. Tetapi aku tidak menyangka secepat ini dia pergi meninggalkan aku.
Anak yang berada di dalam dukunganku ini tidak sempat merasakan sentuhan seorang ibu. Anak kecil ini tidak dapat mendengar suara ibunya mengucap kesyukuran melihatnya lahir ke bumi. Aku meraup mukaku yang sudah dibasahi air mata.
"Ariessa Malaiqa binti Arief Mulhim... Abah akan jaga Ariessa baik-baik. Itu janji abah pada ibu..." Ujarku kepada bayi yang sedang lena itu.
"Mama pun akan jaga Ariessa macam anak mama sendiri... Mama akan teman abah jaga Ariessa... Walaupun mama tak setanding ibu..." Satu suara tiba-tiba kedengaran dari belakang.
Aku menoleh. Syasya sudah berdiri di muka pintu. Dia perlahan-lahan mendekatiku dan mengelap air mataku yang jatuh. Dia kemudiannya mendukung Ariessa Malaiqa dan berkata kepadaku,
"Saya tak mampu gantikan tempat Arumi... Tapi saya akan berusaha untuk bahagiakan Ariessa macam anak saya sendiri... Dan saya akan jaga awak.... Sebab tu amanah yang Arumi dah berikan kepada saya sebelum dia pergi..." Kata Syasya.
Air mata membasahi pipiku sekali lagi. Aku lantas memeluk Syasya dan anakku. Kehadiran Arumi adalah sesuatu yang tidak aku mahukan. Tapi pemergiannya cukup untuk membawa separuh jiwaku pergi...
**************
Aku baru sahaja selesai merawat pesakit sebelum seorang jururawat memanggilku,
"Dr. Arief, ada seorang patient nak jumpa Dr. "
Aku hanya mengikut langkah jururawat tersebut dengan terpinga-pinga. Sampai sahaja di katil patient tersebut, aku mendapati ada seorang pesakit perempuan yang sudah terlalu kurus dan wajahnya cengkung. Aku terkejut melihat keadaannya yang bagai sudah menanti masa itu. Dia menyedari kehadiranku dan lantas bersuara,
"Mulhim.... Maafkan aku..."
"Maaf ye cik... Cik silap orang ni. Saya doktor dekat sini. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Aku bertanya secara professional.
"Aku yang panggil kau... Kau Arief Mulhim kan..? Isteri kau Arumi Syauqina..." Balasnya sambil merenung ke arahku. Aku terdiam seketika. Jururawat di sebelah memberikanku rekod perubatan pesakit tersebut.
Warded sebab kanser pankreas stage 4. Pesakit dah jalankan beberapa rawatan tetapi tiada perubahan positive. Nama pesakit.... Mataku berhenti lama di nama pesakit berkenaan...
Emylda Matilda...
"Aku yang seksa Arumi.... Arumi sakit sebab aku... Aku yang hantar santau dekat dia... Dekat family dia.... Santau yang last aku hantar tu aku buat supaya boleh bunuh dia..." Matilda mulai membuka cerita. Aku terkesima. Sama sekali tidak menyangka ini punca sebenar kematian isteriku.
"Kenapa kau buat macam tu?" Tanyaku sambil menahan marah yang membuak-buak didada.
"Sebab aku jealous dengan hidup dia... Aku jealous dia boleh kahwin dengan kau.... Jadi, aku bunuh family dia satu persatu... Maafkan aku, Mulhim... Aku dah rasa akibatnya... Aku menyesal... Tolong cakap dekat Arumi aku mintak maaf..." Ucap Matilda panjang lebar. Aku memberikan kembali rekod pesakit kepada jururawat. Air mata bergenang sekali lagi.
"Arumi dah takde... Aku harap kau puas hati sekarang ni. Dan aku.. takkan maafkan kau sampai bila-bila. Kau dah bunuh isteri aku... Dan kau dah jadikan anak aku anak yatim sebab cemburu buta kau... Kau menjawab la sendiri nanti." Balasku lalu pergi dari situ.
Air mata jatuh berlinangan lagi. Sakitnya hati tidak dapat aku ungkapkan. Aku kehilangan Arumi kerana perbuatan manusia berhati busuk dan anakku menjadi yatim ibu. Ya Allah.... Peritnya kebenaran ini...
***************
Beberapa tahun telah berlalu, Ariessa Malaiqa telah membesar menjadi seorang yang sangat cantik dan kuat. Aku melihat setiap jatuh bangun dalam kehidupannya. Aku berusaha menggembirakannya disaat dia bersedih. Aku juga menjadi saksi dia akan menyambung pelajarannya ke luar negara hari ini. Sekejap sahaja masa berlalu, anakku sudah berumur 19 tahun dan bakal melanjutkan pelajaran di negara luar.
Melihatnya dia teruja menunggu waktu pelepasan, mengingatkanku saat-saat Arumi menyambung pelajarannya ke Mesir dulu. Ariessa Malaiqa banyak menyerupai Arumi....
"Abah, kenapa termenung tu? Abah sedih ehhh Ariessa nak pergi jauh?" Usik Ariessa. Aku tergelak.
"Abah teringat dulu-dulu masa ibu nak pergi Mesir, dia excited macam kamu ni la." Balasku dengan sisa gelak yang masih ada.
"Kalau ibu ada kat sini...." Ariessa membiarkan ayatnya tergantung. Aku tersenyum.
"Dia mesti berbangga dengan anak dia yang seorang ini. " Aku menyambung. Ariessa tersenyum lalu memelukku.
"Ariessa sayang abah, ibu dan mama..." Ucap anakku.
"We love you too, Ariessa. Belajar elok-elok di negara orang. Jaga diri..." Pesanku dengan nada sebak.
Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku bersama syasya dan lima orang lagi anak kami menghantar Ariessa ke balai pelepasan. Lambaian kami saling berbalas sehingga kelibat Ariessa hilang dari pandangan mata. Aku tersenyum lembut....
Lihat, Arumi Syauqina... Abang dah jaga anak kita dengan baik kan...?
Tidurlah dengan tenang,isteriku.... Sehingga Allah mempertemukan kita lagi...
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...