Imbas kembali....
Usai solat subuh, aku menyegerakan langkah ke wad ICU. Perasaan tidak sedap hati semakin kuat menerjah diri. Aku cuba mengabaikan rasa itu namun tidak berjaya.
Sampai sahaja disana, aku melihat Mulhim sudah berada disisi ayah yang terlantar di atas katil. Doktor yang merawat ayah Dan dua orang jerawat turut berada disitu sambil memerhatikan Mulhim. Apa yang aku dengar adalah suara Mulhim mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah dengan sebak dan....
Skrin yang menunjukkan degupan jantung ayah menunjukkan garis lurus. Atau dalam istilah lain... Degupan jantung ayah telah berhenti... Aku memandang ayah dengan rasa tidak percaya. Doktor memeriksa keadaan ayah dan pengesahan telah dibuat. Ayah memang sudah tiada.
Lututku bagaikan lembik untuk terus berdiri. Aku terus jatuh terduduk ke lantai bersama linangan air mata yang kembali membasahi pipi. Mulhim laju mendapatkan aku. Mimpi pagi tadi bagaikan ditayang kembali di dalam kepala. Tidak sangka mimpi itu merupakan petanda bahawa ayah benar-benar akan pergi...
"Ayahhhhhhhhhh!" Jeritku sekuat hati lalu menangis. Nyawa bagaikan melayang pergi. Apa yang aku takuti akhirnya berlaku. Semua ahli keluarga aku telah meninggalkan aku.
Aku kuatkan diri untuk melihat ayah. Wajah ayah bersih dan bagaikan sedang tersenyum. Sama seperti dalam mimpi tadi. Air mata aku menitis lagi dan lagi. Dunia bagaikan gelap segelap-gelapnya dan aku jatuh tidak sedarkan diri.
***************
Arumi Syauqina...
Majlis tahlil buat arwah ayah telah selesai. Para tetamu beransur pulang memandangkan hari kian larut malam. Tinggallah aku bersama seisi keluarga Mulhim, Syuha dan Bella. Mereka menolongku mengemas rumah.
Sedang asyik aku mengemas halaman rumah, aku mendengar suara ayah memanggil,
"Nana, sini kejap nak."
Aku pantas menyahut lembut sambil terus menyapu beranda.
"Ya ayah. Kejap, nana tengah...."
Kata-kataku terhenti. Aku berpaling melihat semua yang berada disitu. Mereka sudah tercengang melihatku. Satu persatu wajah dilihat. Ayah tiada disitu....
"Arumi...." Tegur Syuha lalu dia datang mendekat kepada diriku bersama Bella. Pipiku mulai basah buat kesekian kalinya.
"Ya Allah,Arumi... Shhhh, it's okay.. it's okay.... Kitorang ada..." Pujuk Syuha lalu dia memelukku erat. Manakala Bella menepuk lembut belakangku. Tangisanku semakin kuat didengari.
"Aku lupa ayah aku dah takde,Syuha. Aku lupa semua keluarga aku dah tinggalkan aku. Mula-mula Yani tinggalkan aku.. lepastu ibu... Sekarang ni ayah pulak... Aku bunuh diorang, Syuha. Aku penyebab diorang mati!" Aku mengamuk sambil tersedu sedan.
"Astarghfirullah hal Adzim.... Nana, pandang mak, sayang. Pandang mak..." Tegur ibu mentuaku seraya memaut kedua-dua belah lenganku. Aku memandangnya lemah.
"Nana, mak tak pernah bermenantukan pembunuh. Menantu mak bukan pembunuh. Nana baik, nana sangat-sangat kuat di mata mak dan yang lain. Jangan sesekali cakap Nana pembunuh. Nana tak pernah bunuh sesiapa. Nana anak mak, isteri along. Nana keluarga mak. Baliklah sayang, mak rindu anak mak yang seorang ni. Baliklah, kami dah lama tunggu Nana. Biar kami jaga Nana.." Ucap ibu mentuaku panjang lebar. Aku lantas memeluknya erat dan melepaskan tangisku dalam dakapannya.
Aku meleraikan pelukan setelah tangisan reda. Semua disitu memberikanku kata-kata semangat dan menyuruhku masuk berehat. Mulhim mengiringi aku masuk sehingga ke dalam bilik.
Sampai sahaja di dalam bilik, aku duduk termenung di birai katil. Memoriku menerawang jauh mengimbas kembali kenangan ketika semua masih ada. Semuanya terlihat bahagia sehingga.... Satu persatu meninggalkan aku....
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...