❤Bab 8❤

1.3K 145 6
                                    


Arumi Syauqina...

   Sebuah senyuman terukir apabila melihat susuk tubuh milik Mulhim naik ke pentas bagi menerima ijazah sarjana muda Sains Islam daripada Professor universiti. Terbit perasaan bangga dan lega. Suami aku dah degree! Uwuuuuu!

    Selesai majlis konvokesyen, aku dan keluarga mentua serta ayahku keluar dari dewan dan mencari kelibat Mulhim.

"Sayang! Sini2!" jerit Mulhim dari jauh. Lantas kami pergi ke arahnya. Wajahnya jelas mempamerkan perasaannya ketika itu. Mulhim menyalami ayah dan ibunya. Dikucupnya kedua2 belah pipi mereka bersama titisan air mata kegembiraan.

"Tahniah, anak ayah dah berjaya..." ucap bapa mentuaku setelah bersalaman dengannya.

"Alhamdulillah, ayah... Alhamdulillah..... " balas Mulhim lalu memeluk ayahnya. Mereka dua beranak menangis dalam pelukan yang erat itu. Tidak lupa juga mata2 yang menonton kelakuan mereka. Mak, Muslim, Aira, Yaya dan Iqa... Tak lupa juga ayahku... Semua menitiskan air mata tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas kejayaan Mulhim.

  Mulhim mendekati ayahku pula dan bersalaman dengannya. Aku ditepi hanya memerhati.

"Arief Mulhim... Tahniah... Ayah sangat berbangga dengan satu2nya menantu ayah ni..." ujar ayah sambil menyentuh kedua2 belah bahu anak menantunya itu. Mulhim menganggukkan kepala dan memeluk ayahku sambil menangis.

Tap.

  Air mataku menitis lagi diiringi senyuman yang semakin melebar. Aku menapak beberapa langkah menjauhi mereka dan berpaling ke belakang bersama aliran air mata yang tidak dapat dibendung lagi. Perasaan sebak dan gembira bercampur baur dalam satu hati. Gembira kerana suamiku sudah berjaya dan kehidupan kami sangat membahagiakan. Sebak kerana sepatutnya ibu dan Yani turut hadir bersama disaat2 bahagia ini tetapi Allah lebih sayangkan mereka berdua. Hanya ayah dan aku yang tinggal sekarang.... Dan aku dapat rasakan keluarga kami seperti tidak lengkap...

   Langit cerah kupandang. Ibu, Yani... Nana rindu ibu dengan Yani sangat2.... Seseorang menarik lembut tubuhku menghadapnya.. Dan dia ialah suamiku, Arief Mulhim bin Abdullah.... Mata kami bertemu. Air mataku terus menerus mengalir tanpa diseka.

"Sayang okey tak ni? Kenapa macam sedih je ni?" tanya Mulhim bimbang. Aku tergelak kecil sambil mengelap air mataku.

"Saya just.... Terfikir... Kalaulah ibu dan Yani ada sekali disini raikan kejayaan abang..." balasku perlahan.

"Sayang... Abang tahu.. Sayang rindu ibu dengan Yani sangat2... Abang pun rasa yang sama... Sebab mereka pun keluarga abang juga... Tapi, mereka lebih layak berada dalam lindungan Allah berbanding bersama dengan kita... Life become harder for us... But, for sure I always around do every move. I love you,sayang..." Kata Mulhim sambil mencium tangan kananku. Aku tersenyum.

"Terima kasih...Tahniah,anda berjaya habiskan pengajian anda pada hari ini... I'm proud of you,husband. Again, congratulations and I love you, my nerdy prefect..." ucapku lalu mencium pipinya dan memeluknya erat. Mampuih la orang sekeliling nak kata apa. Kami dah kahwin!

"I love you the most, minah senget saya...",bisik Mulhim. Aku tersenyum. Yeah, rindu zaman cinta tahun SPM kami.

"Okey, cut! Bagus2 drama cinta korang memang feeling habis. So, sekarang ni. Kesat air mata masing2,kita mulakan sesi bergambar kita! Heheheheh.." Sampuk Muslim seraya menunjukkan kamera berjenama Nikon yang dibawanya.

"Hah, okey jugak tu. Oh ye, sebelum terlupa. Ayah dah book tiket kapal terbang ke Jepun sekali dengan tiket balik untuk Along dan Nana. Alang2 kamu berdua dah habis belajar, ayah belanja la percutian release tension kamu. Jadi,boleh la start kemas barang balik nanti ye.", ujar bapa mentuaku. Aku dan Mulhim saling berpandangan. Seriously??? Jepun kot!

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now