DPNA 2 - B7Arumi Syauqina...
Mataku segera terbuka apabila terasa seperti ada seseorang duduk di birai sebelah kiri katil. Jantungku automatik berdegup kencang kerana aku tahu... Aku tahu aku akan mengalami perkara sebegini sekali lagi. Mulhim disisi cuba aku kejutkan namun tidak berhasil. Dia bagaikan tidur mati malam ini sedangkan selama ini dia selalunya tidur2 ayam!
Desahan nafas sejuk tiba2 terasa ditengkuk. Serta merta bulu roma aku menegak. Aku dapat rasakan kuku tajamnya bermain2 dilenganku. Ah.... Dia dah start dah....
Mata kupejam rapat. Tidak mahu melihat lagi makhluk itu seperti selalu. Namun hampa. Aku seperti dipanggil2 untuk menoleh kearahnya dan yeah....
Nenek tua yang tiada mata... Lidah dipenuhi darah yang panjang sampai ke dada.... Giginya tajam dan hitam..... Air mataku menitis laju... Ya Allah... Dugaan apa lagi kali ini???
'Kenapa.... Kau ganggu aku?....'
Aku hanya mampu bertanya dalam hati. Mulut bagaikan sudah terkunci untuk menjerit apatah lagi bersuara.. Nenek tua itu hanya menatap wajahku bersama senyuman ngeri. Diusapnya rambutku dan seterusnya dia menyentuh perutku.
ZASSS!!!!
Perutku tiba2 dibelah sesuatu. Darah merencik di merata tempat. Aku terkaku dan tidak sempat berbuat apa2... Hanya mampu menangis tanpa suara... Sakitnya hanya Allah yang tahu...
Seperti biasa dia akan memegang sesuatu dan bersama senyuman ngerinya yang semakin lebar... Dia berkata,
"Tidak sabar untuk aku tunggu makananku daripadamu.... Heheheheheh..."
Dan dia meratah 'sesuatu' ditangannya itu dengan lahapnya. Aku semakin menggeletar apabila melihat ada sisa tangan kecil di celahan jarinya itu... Ya Allah, anak aku ke tu???
Nenek tua tersebut sedang asyik meratah. Bunyi tulang dipatahkan bergema di ruang bilik. Aku sudah tidak keruan. Bersama sisa kekuatan yang masih ada aku cuba menjerit sepenuh hati tetapi tidak berjaya.
Ingin kukejutkan Mulhim disebelah tetapi apa yang aku lihat amat mengejutkan. Mulhim sudah dalam keadaan nyawa2 ikan dan dia tidak henti2 memuntahkan darah hitam. Matanya turut mengalirkan air mata yang bercampur darah.
Ya Allah, suami aku!! Aku tergamam. Sekelip mata mimpi ini menjadi semakin kejam. Air mata mencurah dengan laju. Mulhim! Mulhim, pandang aku Mulhim!
Bagaikan terdengar jeritan hati aku,dia perlahan2 berpaling ke arahku. Tangan kirinya yang sejuk dan pucat menyentuh pipiku. Dia cuba mengatakan sesuatu. Aku menunggu dengan penuh sabar. Air mata sudah membasahi bantal. Seksanya aku lihat dia, Ya Allah...
"Sa.... Sayang... T.. Tolong abang.... Di... Dia bunuh abang... Dia bu... Bunuh anak kita!... "
ZASSS!!!!
Belum sempat aku bertanya apa2,Mulhim longlai ditepiku bersama kesan cakaran yang dalam didadanya. Aku memandang kelibat yang telah membunuh suamiku dan 'anak' kami tadi...
Nenek tua tadi! Perasaan geram dan marah mulai muncul disegenap ruang hati.
"Kau nak apa daripada aku hah???!!! ",tengkingku sekuat hati. Dia berpaling melihatku bersama senyuman yang meremangkan bulu romaku.
"Nyawa keluarga kau! Aku mahu nyawa keluarga kau, Arumi! Heheheheheheh!",balasnya lalu menghilangkan diri. Aku memandang suamiku.
Kutepuk2 pipinya berharap dia akan sedar kembali. Namun aku dihampakan sekali lagi. Mulhim benar2 sudah tidak bernyawa. Aku memejamkan dan membuka semula mataku beberapa kali, berharap semua mimpi ini sudah berakhir. Namun, tidak. Aku masih terperangkap di dalam mimpi yang sama.
"Aaaaargghhhhh!!!!"
"Sayang! Sayang, wake up!"
Satu suara kedengaran. Aku laju membuka mata dan melihat Mulhim kini disisiku. Aku menyentuh pipinya. Tiada kesan darah. kelihatan seperti tiada apa2 berlaku kepada dia.
"Sayang, kenapa ni??? Awak okey ke tak ni???",tanya Mulhim terpinga2. Aku menganggukkan kepala lalu memeluknya erat. Mimpi itu sudah berakhir...
Dan dia akan datang lagi nanti.....
Aku menangis semahu2nya. Seluruh badanku menggigil. Senyuman makhluk itu masih terbayang2 dimataku. Ketakutan mulai menghantui diriku. Namun, syukur... Ianya sekadar mimpi. Mulhim masih selamat disisiku.
"Sayang... Okey ke tak ni?... ", bisik Mulhim perlahan, bimbang dengan kelakuan aku. Aku hanya menggelengkan kepala dan terus menangis dalam dakapannya.
********************
Keesokan harinya, aku diserang demam panas. Seluruh tubuh badanku sakit dan terasa berat untuk diangkat. Mulhim yang sudah siap2 untuk ke kelas melihatku dengan wajah runsing. Dia meletakkan belakang tapak tangan kanannya keatas dahiku.
"Sayang.... Panas sangat ni... Kita pergi jumpa doktor eh...",ujar Mulhim lembut. Aku menggelengkan kepala.
"Laaa... kenapa? Sayang jangan macam ni... Susah nak sembuh nanti kalau tak dapatkan ubatnya...",pujuk Mulhim risau.
"Minggu ni abang study week... Saya taknak ganggu...",balasku perlahan.
"Abang rela tak pergi study group kalau dah situasi macam ni....", kata Mulhim .
"No.. You must go... Exam dah nak dekat.. Tolong jangan miss pelajaran hanya sebab saya demam je...",aku menegah keputusan Mulhim lalu bangun dan duduk di kerusi meja solek. Seketika kutenung pantulan wajahku dicermin. Pucat dan lebam dibawah mata.
"Abang... I'll be just fine here... Abang pergi la kelas... Please... ",pujukku seraya berpaling kearahnya. Mulhim tertunduk dan mengangguk perlahan.
"Okay... Take care... Kalau ada apa2,just call. Jangan diamkan... ",akur Mulhim lalu mengambil beg laptopnya dan berlalu pergi.
Selepas bayang Mulhim tidak lagi menjamah pandangan mataku,aku mula melepaskan nafas berat.Mimpi itu benar-benar mengganggu mindaku dan naluriku kuat mengatakan bahawa perkara itu akan terjadi,suatu hari nanti.
"Siapa nenek tua tu?Kenapa dia nak nyawa keluarga aku?Kenapa keluarga aku yang menjadi pilihannya?"pelbagai persoalan mula bermain difikiranku.Sakit kepala mula menyerang,aku merebahkan tubuhku diatas katil untuk merehatkan tubuh serta kepalaku yang sakit.
Mata dipejam rapat setelah segala surah pendinding serta ayat 3 Qul dibaca bagi mengelakkan gangguan dan akhirnya aku terlena diulit mimpi namun mimpiku bukanlah mimpi indah tetapi mimpi yang ku alami sangat misteri dan menakutkan.
"Keluarga kau takkan tenang Arumi!Aku akan hapuskan keluarga keluarga. HAHAHAHA!"ujar satu suara didalam kepekatan malam itu,dahiku berkerut apabila aku berada ditengah-tengah hutan seorang diri.
"Kau siapa?!Kenapa ganggu aku?!Apa salah aku dan keluarga aku?!",soalku kasar namun hanya dibalas dengan hilai tawa sebelum dia munculkan diri didepanku.Ya,nenek itu.
Senyum sinis terukir dibibir nenek itu sebelum dia mula mengilai.
"Kau dan keluarga kau akan mati!", jerit nenek itu dan aku tersentak dari lenaku. Nafasku tercungap-cungap,jantungku berdegup laju.
" Ya Allah.Astaghfirullah'alazim", aku mula berisfighfar sambil mengusap dadaku.
——————————————————
Thanks biellabellas for idea untuk lemgkapkan sikit lagi chapter ni. 😘🌸💕 yg lain menyusul kemudian 🌈
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Novela Juvenil⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...