Bab 21

708 80 5
                                    

Arumi Syauqina...

Sudah lima hari aku berkampung di hospital sebagai persediaan sekiranya denyutan jantung ayah semakin perlahan daripada sebelum ini. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat Isya' dan menuju ke ruang menunggu. Andainya Mulhim masih disini... Ah, tiba2 je rindu dia pulak.

Langkah kaki terhenti di ruang menunggu dan aku bagaikan kaku melihat gerangan manusia yang sedang berdiri di hadapanku. Mereka berdua berpaling serentak setelah perasan aku sudah berada disitu. Aku bagaikan kehilangan kata2, tubuhku menggeletar dan air mata ditahan daripada jatuh.

Syuha yang perasan akan perubahanku mendekati aku dan berkata,

"Aku mintak maaf sangat2. Tadi masa kau solat, doktor datang check ayah kau. Doktor kata ayah kau dah nazak. Aku nak call kau tapi kau tinggal phone kau dengan aku. So, aku takde pilihan melainkan call Mulhim untuk datang sini..." Syuha memberi penerangan tentang tujuan sebenar insan bernama Mulhim berada disini. Aku merenung tajam ke arah syuha.

"You better know what have you done, Syuha." aku berkata dengan nada marah dan geram. Syuha hanya tertunduk dan terdiam seribu bahasa.


Aku melangkah laju melepasi Mulhim untuk masuk ke wad dimana ayah ditempatkan.

"Arumi..." panggil Mulhim serentak mencapai lengan kiriku menyebabkan aku berhenti melangkah. Aku tidak menjawab dan tidak juga berpaling. Aku tak kuat, jujurnya. Perasaan benci dan rindu bercampur dalam satu hati.

"Doktor kata.... Ayah dah tak ada harapan... Kalau esok result still sama, kita kena ready untuk sign borang untuk hentikan alat bantuan pernafasan ayah..." Mulhim menyampaikan apa yang telah doktor beritahu kepadanya.

Aku merentap tanganku menyebabkan pegangan tangan Mulhim terlepas. Aku memandang ke arah Mulhim yang terkejut dengan tindakanku dengan mata berair.

"Cakap kat saya...yang ayah saya takkan mati kan....?" tanyaku dengan harapan apa yang aku lalui ini hanyalah mimpi.

Mulhim menghela nafas berat dan tertunduk memandang lantai. Soalanku dibiarkan tanpa jawapan.

"Jawablah, Mulhim.... Jangan diam.... I need your answer now... " aku bersuara lagi dengan air mata yang mulai menitis. Mulhim hanya terus menundukkan kepala dan diam.

"Kenapa diam?! Sebab ayah aku memang akan mati kan?! Jawablah! Ayah akan mati kan?! Tak cukup aku hilang yani dengan ibu??! Aku kena hilang ayah aku pulak?!! Aku memang pembunuh kan?!! Aku bunuh semua keluarga aku!!" aku mengamuk sambil memukul kuat dada Mulhim berulang kali. Air mata tak payah cakap. Memang dah basah lencun muka aku menangis.

Mulhim memelukku namun aku pantas menolaknya kembali.

"Tak payah dekat dengan aku! Nanti aku bunuh kau pulak! Kau pergi je la Mulhim! Aku takut aku bunuh kau nanti! Pergi!" jeritku bagaikan orang gila.

"Diam Arumi Syauqina! Astaghfirullah al-azim... Mengucap!" balas Mulhim. Aku terdiam melihatnya marah sebegitu. Dia pantas menarikku ke dalam pelukannya. Aku menangis semahu2nya mengenangkan ayah.

Syuha cuba mengawal situasi apabila ada beberapa pekerja hospital datang ke tempat kami berada selepas mendengar jeritanku. Manakala Mulhim hanya terus memeluk erat diriku tanpa berkata apa2.

"Maafkan kami, ayah dia tengah nazak, ahli keluarga dia yang lain dah takde. Jadi, mood dia tak stabil" Suara Syuha menerangkan apa yang berlaku kepada kakitangan hospital yang menerpa ke arah kami kedengaran. Mereka berkata sesuatu kepada Syuha sebelum beredar pergi.

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now