Bab 27

113 11 0
                                    

Arief Mulhim...

Buku tentang perubatan dibaca dengan kusyuk sambil menikmati secawan kopi. Hari cuti yang telah tiba dimanfaatkan sepenuhnya dengan merehatkan fikiran. Apa yang berlaku antara Arumi dan aku awal pagi tadi cuba untuk kulupakan.

Sedang asyik menelaah buku di hadapan mata, aku mula merasakan bahawa nafasku terasa semakin sempit. Aku berhenti membaca dan meletakkan buku di atas meja.

Dengan perlahan-lahan,aku melakukan teknik pernafasan yang diajar oleh pakar. Selepas tiga kali percubaan, pernafasanku kembali terasa lega. Aku menyambung pembacaanku yang tertangguh.

Namun,jantungku bagaikan direnjat elektrik secara tiba-tiba menyebabkan aku kejung seketika. Berpeluh-peluh aku menahan sakit dan sesak dalam masa yang sama. Dengan pandangan yang mulai berpinar-pinar,aku cuba mencari ubatku.

'Renjatan' tersebut menyerang lagi menyebabkan aku rebah serta merta. Nafasku terasa seperti sudah berada di penghujung. Dengan sisa tenaga yang berbaki, aku cuba mencapai telefon pintarku di atas meja.

Log panggilan dibuka. Nama Arumi tertera di atas sekali. Aku cuba menelefon nombor tersebut dengan harapan Arumi menjawab panggilanku. Nafasku cuba diatur sebaik mungkin dalam keadaan yang bagaikan dihujung nyawa.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi."

Aku cuba membuat panggilan sekali lagi. Darah mulai mengalir keluar dari hidungku. Sakitnya bagaikan terus menikam bahagian jantungku.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...."

Aku mematikan panggilan dan cuba mengambil nafas. Air mata mulai mengalir lantaran rasa sakit yang tidak dapat ditahan lagi. Mataku menangkap nama Syasya dalam log panggilan. Aku tiada pilihan melainkan membuat panggilan kepadanya. Dalam keadaan yang teramat sakit sebegini, aku terpaksa memanggil dia atau nyawa aku yang melayang.

"Hello Assalamualaikum..." Suara Syasya kedengaran.

"Syasya...ergh..." Aku cuba menjawab namun rasa sakit yang menyengat telah membuatkan aku tidak mampu berkata-kata.

"Mulhim? Awak okay ke tak ni??" Tanya Syasya cemas.

"Artificial heart... Artificial heart aku problem...! Panggil sesiapa suruh datang sini cepat...!" Aku cuba menyatakan situasi sebenar dengan nafas yang sudah tidak teratur.

"Ya Allah, Mulhim! Stay strong! Saya datang!" Jerit Syasya. Kedengaran suara dia bergegas berlari melalui panggilan.

"Awak kat mana sekarang?" Syasya menanyakan lokasi aku berada.

"Ru...rumah!" Jawabku dengan kerahan tenaga yang ada.

"Saya dengan Doktor Arman datang. Awak bertahan kejap." Balas Syasya. Suaranya bernada tenang namun aku dapat menangkap perasaan cemasnya dihujung kata.

"Bro, aku on the way. Kau tahan jap bro." Suara Arman mulai kedengaran. Aku sudah tidak mampu berkata-kata. Air mata dan darah yang keluar dari hidung terus mengalir.  Nafasku menjadi semakin pendek.

Suara kecoh mereka berdua tidak kuhiraukan. Aku mendongak memandang siling. Ya Allah, masih banyak urusanku yang belum selesai di dunia ini Ya Allah.... Pandanganku mulai gelap perlahan-lahan. Aku dapat rasakan mungkin inilah pengakhiranku....

BAMM!

Bunyi pintu ditendang kuat kedengaran.

"Mulhim!" Suara seorang lelaki menjerit memanggilku kedengaran. Aku pasti suara tersebut milik Arman.

"Doktor Arman! Cepat! Dia dah tak sedar ni!" Suara Syasya pula kedengaran. Pandanganku yang gelap dan nafasku yang sudah pendek menyebabkan aku tidak mampu berbuat apa-apa.

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now