Suasana alam yang mendung dihiasi rintik-rintik hujan kecil kupandang lama. Perutku yang sedikit memboyot diusap lembut. Mengenangkan anak ini adalah hasil penantianku selama hampir 8 tahun lamanya membuatkan aku mengukir senyum. Hai little cutie. Ibu dan papa can't wait to see you,sayang!
Namun,jauh disudut hati ini.. Ada sesuatu yang kurang enak kurasakan. Seperti sesuatu yang buruk bakal berlaku.... Ah,mengarut sahaja! Mungkin hanya khayalan aku. Sepantas kilat aku teringat akan kata2 doktor tempoh hari ketika aku membuat check up kandunganku.Hati mula disapa rasa cemas dan gusar. Peluh dingin mulai membasahi dahi. Degupan jantungku meningkat serta merta dan kepala mulai berpinar-pinar.
"sayang..."
Tegur satu suara dari arah belakang. Laju aku berpaling dan melihat ke arah suamiku.
"Are you okay??? You doesn't seem okay.",tanya Mulhim kehairanan. Aku hanya tersenyum kelat dan kembali memandang ke hadapan.
"Hari yang dikatakan doktor bakal tiba. Dan perkara itu mungkin akan berlaku...",balasku dengan nada berbisik. Aku dapat merasai tangan Mulhim merangkul pinggangku dari arah belakang sejurus selepas aku berkata demikian. Kepalanya disandar lembut ke bahuku kiri ku.
"Bertawakkal la kepada Allah. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yang akan berlaku pada kita.. Sayang jangan putus asa ya. Keep fighting for me and our child. Tak perlu rasa takut, abang dan keluarga akan sentiasa ada untuk sayang...",dia membisikkan kata2 semangat kepadaku. Aku menganggukkan kepala perlahan.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...