Bab 17

1.2K 100 18
                                    

Emy membelek majalah ditangannya bersahaja. Ada sesuatu yang telah mengganggu fikirannya sedari dia mendapat berita itu. Dia menggigit hujung bibirnya. Semua tidak berjalan seperti yang dirancang. Rambut yang kusut, sekusut fikirannya saat ini disisir ke belakang. Emy menghela nafas beberapa kali, cuba untuk menenangkan fikiran.

"Kau fikir apa lagi tu? Dia tetap akan mati tak lama lagi. Tunggu je la", tegur pembantu upahannya, Karl yang turut berada disitu. Mencerlung Emy memandangnya.

"Kau sedar tak apa yang dah berlaku sekarang ni, sial?!!! Mulhim aku yang dah nak mati! Kalau si Arumi yang bodoh tu yang nak mati aku tak heran la! Tapi ni Mulhim aku!", jerit Emy tidak tentu arah. Karl hanya memandang sekilas tanpa perasaan. Perempuan ni... Laki orang jugak kau nak. Takde orang lain ke???

"Asal kau diam? Balaslah!", jerit Emy lagi. Karl sudah mula menunjukkan muka bosannya.

"Habistu kau nak suruh aku buat apa? Hurm??? ", pertanyaan diajukan secara paksa. Yeah, terpaksa layan perempuan gila di hadapannya. Kalau bukan sebab duit, dah lama perempuan ni mati dia kerjakan.

Emy bagaikan terfikir sejenak. Otaknya ligat menyusun strategi baru untuk memusnahkan musuh ketatnya, Arumi. Satu idea kejam mulai muncul lantas segaris senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Karl, aku tahu apa kelemahan Arumi...", kata Emy kepada lelaki itu. Senyuman jahatnya masih tidak lekang dibibirnya. Karl memandangnya pelik. Jangan2....




************

Arumi Syauqina....


Genap tiga minggu Mulhim berada di hospital dan dia masih tidak sedarkan diri. Namun, dia mulai menunjukkan perkembangan positif dari hari ke hari.

Aku bersiap2 untuk ke hospital. Tidak sabar rasanya untuk mendengar daripada doctor sekiranya sudah ada perkembangan positif yang terbaharu daripada Mulhim. Ayah, Muslim, Aira dan Iqa sudah bergerak ke destinasi terlebih dahulu. Manakala yaya di ruang tamu, sedang menunggu untuk pergi bersama aku. Dalam hati, aku memuji keberanian Yaya sebenarnya. Dia telah menyaksikan dengan matanya sendiri bagaimana aku dirasuk dan menikam abang sulungnya tapi masih memilih untuk teman aku disini. Katanya tidak elok aku bersendirian, kalau apa2 terjadi tidak ada ahli keluarga yang tahu.

Aku mencapai kunci kereta dan beg sandangku sebelum ingin melangkah keluar daripada bilik tersebut. Namun, Gambar perkahwinan kami yang tergantung elok pada dinding bilik itu telah menangkap pandanganku. Lama aku perhatikannya. Gambar itu dirakam ketika majlis persandingan kami sebaik sahaja tamat SPM. Senyuman yang terlukis dibibir kami berdua, terlihat sangat bahagia meskipun pada asalnya kami bersatu tanpa kerelaan masing2.

Senyuman terukir dibibirku tanpa sedar. Namun, perlahan2 senyuman itu diganti air mata, setitis demi setitis dan akhirnya mengalir laju tanpa dapat ditahan lagi. Bahagiakah kami saat ini??? Tidak. Malah, aku sama sekali telah membahayakan nyawa suamiku sendiri kerana tidak berjaya mengawal 'benda' tersebut.

Aku melihat kedua2 belah tanganku yang menggeletar. Ariani mati kerana kelalaian aku, ibu juga pergi kerana aku dan kini aku hampir2 membunuh Mulhim dengan tangan aku sendiri??? Manusia jenis apa aku ni?! Kenapa banyak orang menderita bila mereka mendekati aku???

"Kak Nana..." Tegur satu suara perlahan dari arah belakang. Aku berpaling melihat Yaya yang sudahpun berada dibelakangku dengan riak muka terkejut.

"Why...?" Tanya dia yang masih terkejut. Makin laju air mata aku mengalir. Sumpah, aku tak kuat kali ini.

"Arwah Yani dan ibu dah takde sebab kak Nana... Sekarang... Abang awak pun hampir mati sebab kak Nana..." Balasku dengan esak tangis yang semakin kuat. Yaya menggelengkan kepalanya. Matanya juga sudah mulai berair.

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now