Arief Mulhim...Tumpuanku terhadap assignment terganggu apabila ada nombor yang tidak dikenali menelefonku. Segera aku decline panggilan tersebut. Mungkin tersalah nombor kot.
Panggilan telefon berdering buat kali kedua. Aku melihat kearah skrin smartphoneku. Nombor yang sama. Hurmm...
"Hello. Assalamualaikum... ",ucapku sebaik sahaja menerima panggilan tersebut.
"Bro, ni aku ni... Arman. Member sekuliah kau.", satu suara garau kedengaran ditalian. Aku menarik nafas lega. Ingat ke siapa la tadi..
"Yang kau call aku pakai nombor lain ni pehal??? Mana nombor lama kau??? ",tanyaku pelik.
"Err... Sorry, bro. Aku baru tukar nombor tadi...",balas Arman dengan rasa bersalah.
"Sebenarnya... Aku nak berjumpa dengan kau sekejap. Kat warung Awie. ",sambungnya lagi.
"Huish,taknak la aku! Orang rumah aku marah la keluar malam2!",aku menolak ajakan Arman. Jam ditangan dikerling. Sudah menunjukkan pukul 9 lebih.
"Alah,boleh la Rief... Aku emergency sangat ni!...",desaknya tak tentu arah. Haishhh....
"Hurm...ye la.. 5 minit,aku bersiap kejap..",putusku lalu mematikan panggilan tersebut. Laju aku bangun dan menuju ke bilik persalinan. Baju long sleeve shirt merah dan seluar jeans hitam digayakan. Tak lupa juga topi hitam kesayanganku. Well,sejak masuk Universiti ni aku lebih suka gaya kasual dan hipster. Pengaruh rakan sebaya la katakan!
Kunci motor dicapai dan aku berpaling ke arah pintu bilik. Erk... Langkahku terhenti apabila ada mata yang memerhati.
"Where you want to go,darling???",tanya Arumi bersahaja. Aku tersenyum kelat.
"Err... Keluar jumpa member jap.. Dia ada emergency..",balasku perlahan2.
"Saya nak ikut boleh???",tanya dia lagi.
"Sorry,abang nak cepat ni. Pukul 10 lebih abang balik. Promise..",jawabku lalu melepasi Arumi keluar dari pintu bilik. Pantas Arumi memegang tangan kananku.
And again. Langkah aku terhenti... Haishh! Aku berpaling memandangnya.
"Abang...please...",rayu isteriku dengan muka manjanya.
"Okey,fine. 2 minit je bersiap. Cepat.", aku bersetuju. Laju Arumi pergi ke biliknya untuk bersiap. Aku hanya menunggu di ruang tamu sambil bermain game Slendrina. Maaf, tak boleh nak main PUBG. Nanti ada yang campak phone aku dari tingkat atas rumah ni karang.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan di tingkap sebanyak 3 kali kedengaran. Aku berhenti bermain Slendrina. Jantung tiba2 mengepam darah dengan laju. Hish,seram sejuk pulak rasanya. Aku melangkah ke arah tingkap. Langsir kuselak dan kuhendap ke arah luar.
Hurm. Takde ape.
Aku berpaling semula ke arah belakang."Allahu Akbar!!!! A'uzubillahi mina syaitonnirrajimmmmm!!!", jeritku sekuat hati lantaran terkejut dengan kehadiran Arumi secara tiba2 di belakangku.
"Abang ni dah kenapa???",tanya isteriku yang turut terperanjat dengan tindakan spontanku. Aku cuba berlagak macho.
"Eh,takde pape la. Saje je nak tengok sayang takut ke tak.. Dah jom..", dalihku lalu kami keluar dari rumah.
Aku memandang langit malam. Bintang tak ada, langit pula merah. Kata orang kalau macam ni hujan la sekejap lagi. Hurmmm... Tetiba lain macam pulak sejuk malam ni. Macam seram sejuk gitu.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...