Bab 18

695 83 10
                                    


Makanan yang disediakan oleh pihak hospital ditatap kosong tanpa selera. Dalam fikiran Mulhim hanya ada Arumi. 'Kemana dia pergi?' Soalan itu berlegar-legar dalam kepalanya sejak keluarganya mendapat panggilan daripada Yaya yang memaklumkan bahawa Arumi telah menghilangkan diri tanpa meninggalkan sedikit apapun barang miliknya di rumah mereka.

Dada yang sakit diurutnya perlahan. Tak cukup luka yang dia dapat angkara perbuatan orang dan pembedahan, kini luka baru pulak bertambah bila Arumi betul-betul pergi. Mulhim menyangka habis-habis lari pun isterinya balik je rumah tu. Eh, dia memang 'pisahkan' jarak mereka. Eh, memang tak boleh jadi ni!

Muslim yang sedang duduk di penjuru wad hanya memandang kelakuan abangnya sambil menggelengkan kepala. Nasib kau la along. Padan muka, siapa suruh bergurau kasar sangat. Kan dah merajuk member tu. Gelagat Mulhim yang seolah2 kemurungan itu diperhatikan lagi. Dia berusaha mengawal ketawa apabila terfikirkan jika inilah keadaan seorang lelaki apabila kehilangan wanita yang dicintai.

Bukan kehilangan sangat pun, setakat merajuk lepastu pergi bawak diri je. Dasar drama Melayu betul dua orang makhluk ni. Harap aku watak sampingan je nak act lebih2. Hahahah.

"Along." Panggil Muslim apabila melihat abangnya sudah lama merenung makanan tersebut.

"Herm" ringkas abangnya membalas. Uish,betul2 murung dia ni. Jap2 tengah tahan gelak. Padan muka lorghhhh!

"Dah2 la tu, makan dulu. Nanti nurse datang nak kutip tray tu. kang kebulur kau sampai pagi esok kang. Aku takpe, McD dekat2 sini je. Aku nak makan aku pergi." Muslim mula memberi sepatah dua kata kepada pesakit yang tak sedar diri dihadapannya itu.

"Weh, tapau weh." Mulhim membodek. Terus berubah air mukanya apabila mendengar perkataan 'McD'.

"Kau tu sakit tahap hampir nazak, bawak-bawak la bertaubat sikit. Nak mampus awal ke? Tahu la rase macam dah takde guna hidup lepas terhalau bini sendiri. Eh salah cakap pulak." Jawab Muslim dengan muka tiada perasaan. Orang kata kita kena hormat perasaan pesakit sebab emosi dia tengah tak stabil. Maaflah, terbiadap pulak hari ni ehekkk.

Mulhim tidak menjawab. Sebaliknya,dia sambung merenung ke arah makanan dihadapnnya. Mampus kau la, aku takde mood nak balas. Muslim perlahan2 mengambil tempat di tepi katil pesakit. Ditenungnya si abang yang murung dalam kesepian petang ditemani kicauan burung2 gagak di luar bangunan hospital.

"Kau sebenarnya....tak berniat pun nak halau dia kan?" Tanya Muslim setelah suasana telah lama dibiarkan jeda. Mulhim hanya menganggukkan kepala tanda 'ya'.

"Habistu, asal kau cakap macam tu kat dia? Kau tahu kan perempuan ni hati tisu. Sikit2 nak terasa,sikit2 nak merajuk. Pastu mulalah dia buat drama dia,kau jugak yang murung sudahnya." Muslim sudah mula 'memanaskan enjin' untuk memberi tazkirah petang.

"Aku... Aku takut dia apa2kan family kita je.. Tu je." Balas Mulhim perlahan. Muslim menepuk dahinya.

"Okey,sekarang ni kau tahu kan yang tikam kau tu bukan Arumi? Kau tahu kan dia kena kawal dengan benda khurafat yang entah siapa hantar kat family dia?" Tanya Muslim lagi. Mulhim seperti biasa hanya menganggukkan kepala.

"Then? Don't be so selfish bro! Kau fikirkan diri kau dengan family kau je, habistu Arumi tu siapa dalam hati kau???" Muslim sudah mula ingin membebel. Nada suaranya naik seoktaf.

"Kau ni asal nak marah aku pulak?" Mulhim mula bersuara. Muslim sekali lagi menepuk dahi.

"Aku tak marah kau,along. But this case is too serious! Aku tahu aku takde hak nak masuk campur hal rumahtangga orang ni tapi as satu2nya adik lelaki kau and as lelaki sejati la aku nak advise kau ni, if you truly love a girl, you will not leave her for any reason and you will love her for no reason."

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now