Pagi yang tak berapa nak indah hari ni sebab aku ada kelas pagi dan kelas pagi hari ni dengan lecturer paling tegas dengan kehadiran. Ya, Dr. Hariz.
Memang la Dr. Hariz ni segak dan muda tapi kalau dah garang nak mampus macam ni tak ke gugur jantung?
Tepat pukul 8:00 pagi aku dah sampai Universiti dan kebetulan juga aku terserempak dengan Tasha. Dia la kawan aku yang paling rapat dekat Universiti ni kita orang ni dah macam belangkas tak boleh berpisah. Sampai U pun boleh on time sesama tak ke pelik tu. Kita orang pun gerak ke kelas Dr. Hariz. Sebelum jadi apa-apa baik kita sampai sana awal.
_________
Habis sahaja kelas dengan Dr. Hariz tadi aku dengan Tasya terus gerak ke food court. Aku ni dengan makanan berpisah tiada. Pagi tadi pun aku sempat makan sekeping biskut tawar dari rumah je lepas tu masuk kelas dari pukul 8:00 pagi sampai pukul 10:00 memang kebulur terus la.
"Isha! Isha!"
Aku paling mencari kelibat si pemanggil. Lain dan tak bukan. Amira. Aku bukan la tak suka tapi dia ni kalau sehari tak cari aku tak sah ada je benda dia nak cerita.
"Ya kenapa?" sahutku
"kau tahu tak semalam aku jumpa siapa dekat cafe bawah?"
"entah mana la aku tahu. Kau jumpa siapa?"
"Darwish" jawabnya
terkaku aku mendengarnya. Darwish adalah bekas kekasihku yang telah bertukar ke Universiti di Pahang atas alasan yang sangat tidak sedap untuk didengar.
"Dia buat apa kat sini?" ingin tahu
"tak tahu la pulak."
"Apa yang aku dengar sebab dia nak jumpa bekas kekasih dia""Aku?!"
"Kalau bukan kau siapa lagi?"
Apa lagi yang dia nak dari aku ni..
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...