Mengingatkan kembali kejadian 2 hari lepas membuat aku takut untuk bertemu dengan Darwish.
Banyak notification dari Darwish. Menyatakan ingin berjumpa denganku. Disebabkan ketakutan yang melampau aku abaikan mesej tersebut.
Aku juga terlintas tentang lelaki yang membantu aku ketika situasi yang tegang itu. Beraninya dia. Ini kalau Tasya tahu mula la sesi ship mengship dia. Macam pelik je bunyinya.
__________
2 hari lepas...
"Lepaskan tangan dia!" sergahnya.
"Kau siapa nak masuk campur urusan aku!" kata Darwish.
"A-aku boyfriend dia" agak tergagap kerana tidak dapat berfikir balasan untuk melawan Darwish.
Terkejut aku dengar dengan jawapan lelaki tersebut. Randomnya mamat ni..
"Oh jadi ini la punca awak taknak kita fix semula?!"
Lelaki tersebut mengangkat sebelah kening untuk memberi isyarat agar mengakuinya.
"Eh? Ha? Haa ya dia boyfriend saya" terkejut tak hilang lagi dia dah serang kita pulak. haih geram kiter.
Darwish melepaskan genggaman tangannya dari terus memegang tanganku dengan kuat.
Lelaki tersebut menarikku ke belakangnya untuk berlindung dari Darwish.
"Kau jangan kacau dia lagi!"
Darwish berlalu pergi dengan muka bengis.
"Awak okey?" tanyanya padaku
"Saya okey, terima kasih sebab tolong saya tadi. kalau takde awak tak tahu la dia akan buat apa dekat saya."
"Itu tanggungjawab saya sebagai lelaki. Mempertahankan wanita."
Aku hanya senyum nipis.
"Saya pergi dulu ya."
"Eh kejap! Nah ini kad saya kalau awak ada apa-apa nak minta tolong boleh call atau chat saya okey?"
"Okey, Terima Kasih sekali lagi" Aku berlalu pergi.
__________
Aku menceritakan kejadian 2 hari lepas pada Tasya. Kadang aku pun tak tahu sifat kekal dia ni apa. Kadang boleh jadi bengong, kadang boleh baran sebaran-barannya, kadang boleh jadi normal sampai aku rasa dia di rasuk oleh Jin BTS. Macam pelik part 2.
"Yang kau keluar tak bagitahu aku kenapa?! Nasib tak jadi apa-apa tau!"
"Sorry la, aku pun tengah gelabah sebab si Darwish tu chat aku petang hari tu."
Wajah Tasya dari bengis kemarahan bertukar ke muka gatal. Macam yang aku cakap tadi sifat dia ni tak terduga boleh bertukar bila-bila masa je
"By the way, siapa nama lelaki tu?"
Tanpa banyak cakap aku bagi kad perniagaan tu pada Tasya.
Wajah Tasya agak terkejut selepas baca kad perniagaan tersebut. Disebabkan aku pun tak baca lagi kad tu aku pun terkejut sekali bila Tasya tunjuk kad tu dekat aku.
"Dia kan...."
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...