Bab 29

41 2 0
                                    

Setiba sahaja di rumah, aku naik ke atas untuk mandi dan merehatkan diri seketika sebelum melakukan aktiviti seperti biasa.

Asyraf pula menonton televisyen di bawah kerana dia telah berjanji dengan papa dan abah untuk keluar sebentar sebelum Maghrib.

Setelah selesai merehatkan diri di atas, aku turun untuk berbual dengan ibu. Mama berada di dalam bilik waktu-waktu macam ni.

Ibu dan Abah akan duduk disini selama 3 hari sahaja, lepas ni kami akan berjauhan. Kuala Lumpur - Kuala Lumpur.  Jauh rumah je tapi satu Negeri. Hihihi..

"Esok ibu gerak pukul berapa?" Tanyaku kepada ibu.

"Tengok lah abah kamu tu nak gerak pukul berapa, tapi ibu rasa pagi la kot." Jawab ibu.

"hm" kepalaku mengangguk mendengar penyataan ibu itu.

Setelah berbual sedikit sebanyak. Kedengaran bunyi ketukkan yang datang dari pintu utama. Tak lama kemudian pintu itu di kuak oleh Papa diikuti abah dan Asyraf di belakang. Ke mana lah mereka bertiga ni pergi.

Bila di tanya jawapannya 'hal lelaki'. Eleh setakat lepak mamak kata 'hal lelaki', kami yang perempuan pun boleh kata 'hal perempuan' kalau cari barang make up.

Menjelang Maghrib kami solat berjemaah di ruang tamu yang besar itu. Di imamkan oleh suamiku. Asyraf. Sejuk hatiku mendengar bacaan surah panjang yang dibacakan untuk rakaat pertama. Tak salah orang kata 'jika lelaki itu baik, ia akan mempercepatkan perkara yang baik, jika lelaki itu baik, ia akan membimbing dan menunjukkan perkara yang baik di hadapan cinta hatinya.'

Cinta membutakan segalanya, tanpa aku sedar aku telah melupakan kisah kami yang selalu bergaduh di pejabat dahulu. 'tak kenal maka tak cinta'. Ya, aku belum mengenali dirinya yang sebenar ketika itu. Sekarang aku faham apa erti cinta yang sebenarnya.

________

Setelah Solat Isyak. Aku membantu ibu dan mama di dapur untuk makan malam kami. Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan. Cukup untuk mengenyangkan perut.

"Mari duduk, makanan dah siap." Panggil mama ke ruang makan.

Semua mengambil tempat duduk untuk menjamu selera. Kami berbual dengan mesra tetapi tidak terlalu rancak ketika makan. Dapat kedengaran gelak tawa yang manis dari semua ahli keluarga.

Alhamdulillah aku dianugerahkan keluarga yang disiplin. Selepas makan, pinggan makan akan di basuh masing-masing.

Patut lah mama tak pening kepala ada 5 orang anak sekali pun, kerana mereka telah dididik untuk berdispilin dan bertanggungjawab.

Jadi selepas sahaja makan hal dapur telah pun selesai diurus.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now