Bab 12

95 7 0
                                    

3 hari kemudian...

Semenjak dua ni, rutin kerja aku dah tak normal disebabkan Encik CEO tu.

Projek baru yang kami telah bincangkan beberapa hari lepas telah pun mendapat persetujuan dari orang atasan. Hanya perlu membuat document sahaja lagi. Aku lah yang di beri arahan untuk membuat document tersebut.

"Aliya, kau rasa aku punya hasil kerja okey ke?" Tanyaku untuk meminta kepastian. Ini terjadi kerana ini adalah projek pertama aku dan projek ini adalah projek besar.

"Okey sangat la! Jangan risau la Cik Hana tak ada lah cerewet sangat." Kata Aliya untuk meyakinkan.

Aku pun meminta izin pada Aliya untuk bertemu dengan ketua kami bagi menyerahkan fail ini.

"Cik Hana, ini document untuk projek baru." Kata Isha

"Hehe, saya bukan apa Arisha tapi awak pun tahu saya tak ada waktu meeting hari tu." Jawab Hana.

"Oh, jadi saya kena hantar fail ni dekat siapa ya?" Tanya Isha pada Hana.

"Disebabkan yang ambil alih meeting hari tu adalah CEO jadi awak kena hantar dekat dia."

Dia?! kenapa kena dia! Ingatkan kalau sehari dia tak minta macam-macam dengan aku, tenang la sikit. Rupanya dia tak cari aku, aku pulak yang ada kerja yang melibatkan dia.

"Erk, tak ada orang lain ke Cik Hana?"

"Kenapa, awak ada masalah ke dengan dia?"

"Eh, tak ada la. Nanti fail ni saya hantar dekat dia." Jawabku dengan mudah.

_________

Aku menuju ke bilik ruangan CEO NA Company. Kalau kena pergi bilik dia mesti hati aku tak tenang.

Knock, knock..

"Masuk." sahutnya dari dalam.

"Selamat tengah hari Encik Asyraf. Saya nak hantar document projek hari tu."

Asyraf melihat fail yang dipegang Isha. Asyraf mendapat satu idea.

Matanya beralih pula pada wajah Isha dan ditenung dengan masa yang agak lama. Lalu Asyraf mengambil fail yang berada di tangan Isha.

Asyraf hanya membelek-belek fail tersebut tanpa membaca dengan teliti.

"Buat semula. Document yang awak buat ni buruk." Jawabnya dengan selamba.

Tanpa melengahkan masa aku terus meminta izin dan kembali pada tempat untuk membuat ulang.

"Macam mana Isha, okey tak?" Tanya Aliya padaku.

"Kena buat balik." Jawabku

"Serius lah?! selama ni Cik Hana tak macam tu pun."

"Kali ni bukan Cik Hana, tapi CEO kita tu." menafikan

Aliya baru dapat menangkap apa yang dikatakan Isha.

"Oh faham.."

"Apa yang kau faham?" tanyaku.

"Tak ada apa-apa."

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now