Bab 33

44 2 0
                                    

Makin kerap perempuan tu datang office ni. Macam mana aku tahu? Sebab aku ada pesan pada Asyraf kalau Irdeena datang lagi ke bilik kerja dia. Pura-pura la seperti sedang melawat pekerja di tempat aku.

Boleh dikatakan setiap hari juga aku nampak Asyraf datang melawat, tapi hari ni agak lain. Asyraf datang menegurku.

"Arisha! awak buat laporan apa ni. Saya yang baca pun tak faham langsung tau." Terkejut aku mendengar itu. Aku dapat merasakan satu cuitan di belakangku. Aku berpaling untuk melihat apa yang dimahukannya.

Asyraf memberi isyarat mata di arah pintu masuk. Tak lama kemudian sosok perempuan yang menjengkelkan itu masuk.

Aduh, nak kena buat apa pulak ni.

"Sorry Encik Asyraf, Saya cuba betulkan semula." Berpura-pura dahulu sebelum memikirkan jalan penyelesaian seterusnya.

Irdeena masuk dengan lagak seperti Datin-datin. Aku yang tengok pun jadi geli tekak.

"Ikut saya." Arah Asyraf. Aku hanya bangun dan pandang kepada Aliya. Aliya hanya beri isyarat 'pergi la'. Orang-orang pejabat aku sudah mula berbual tentang hal yang terjadi dan perempuan yang tersesat di pejabat kami.

"Dia siapa? kenapa tiba-tiba ada dekat sini?"

"Mak Encik Asyraf ke? Mudanya"

"Oi, Puan Asnah hidup lagi la."  Kata beberapa pekerja. Terdengar sayu-sayu gelak kecil mereka.

________

"Saya nak tanya, apa yang terjadi sampai dia boleh ikut awak pula hari ni?" Soalku.

"I don't know, saya hanya tanya apa yang dia mahukan lagi dari saya. Penjelasan saya beberapa hari lepas dah terjawab untuk semua soalan yang dia nak tanya." Ujar Asyraf.

"Then, dia jawab dia hanya mahukan saya.." Asyraf tidak mahu melanjutkan lagi ayatnya, kerana takut mengecilkan hati Isha.

"Jadi saya terus pergi dekat awak." Sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk faham.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now