Bab 8

130 6 0
                                        

Sudah 2 hari aku bekerja di sini. Tiada apa yang membuatkan aku tidak selesa. Semua pekerja disini baik hati dan peramah.

Hari ini akan ada perbincangan tentang projek baru. Aku sebagai pekerja baru agak teruja untuk mengikuti perbincangan sebentar lagi.

Meeting tersebut di adakan pada pukul 1:00 petang hingga 3:00 petang. Aliya kata meeting yang lebih dari sejam akan membuatkan badan cepat sakit. Jadi aku membuat keputusan untuk membuat kerja yang ringan sahaja sebelum meeting di mula.

Aku ingin menghantar fail kepada ketuaku untuk menyemak hasil kerjaku.

Di dalam perjalanan Isha bertemu dengan seseorang.

"Awak lagi?! Awak nak apa sebenarnya ni? kenapa awak ikut saya?" tanyaku dengan nada terkejut.

"What are you talking about, Dear? " menanyakan dengan nada memerli.

"Awak buat apa kat sini? awak tahukan dekat sini bukan calang-calang orang boleh masuk. Macam mana awak boleh terlepas ni?"

"It's none of your business." senyum menjengkelkan.

Ish, annoyingnya cara dia bercakap dengan senyuman macam tu. Di ingat dia siapa nak buat senyum menjengkelkan macam tu?

Aku membuat bunyi menyampah dan terus pergi dari situ. Panas hati.

Aku tiba di tempat dudukku untuk meneruskan kerja seterusnya. Tiba-tiba rakan kerjaku memberitahu bahawa Setiausaha ingin berjumpa denganku.

Dengan berat hati aku berdiri dan terus ke pejabatnya.

Knock, knock...

"Masuk."

"Ya? kenapa Encik nak jumpa saya?" tanyaku.

"Macam mana? Okey tak kerja dekat sini? Ada orang buli awak tak?" soalnya.

"Okey je, sini selesa. Pekerja semua peramah dan baik hati." jawabku.

"Baiklah, kalau macam tu. Jom pergi lunch?"

Erk. Tak pelik ke layanan orang atas macam ni ke aku je rasa benda ni sangat-sangat pelik.

"Maaf Encik, Saya ada kerja yang kena selesaikan sebelum meeting bermula."

"Awak lupa ke saya ni siapa? Saya ni Setiausaha. Kerja awak tu saya boleh je minta PA saya buatkan." katanya

"Saya tak nak penyusahkan PA Encik untuk buat kerja saya. Lagi pun saya di bayar untuk bekerja." kataku untuk mengelak dari keluar dengannya.

"Disebabkan awak sendiri yang cakap. Untuk hari ni saya lepaskan awak. Tapi ingat lepas ni awak kena keluar lunch dengan saya." Kedengaran bunyi amaran di hujung ayat.

"Baiklah. Saya pergi dulu."

Aiman hanya mengangguk. Setuju.

Lega aku dapat lepas dari dia. Tapi kenapa?

Encik CEO Muda [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang