Bab 9

84 7 0
                                    

Lagi dua minit meeting akan bermula. Aku dan Aliya mengambil keputusan untuk gerak ke bilik meeting.

Setibanya kami disana. Hanya kami sahaja yang ada. Bermakna yang lain akan tiba tak lama lagi.

Tepat jam 1:00 petang semua telah tiba dia bilik meeting itu. Hanya ketua projek ini sahaja yang belum tiba.

Semua pekerja sudah membebel-bebel dengan perangai si ketua yang selalu lambat bila ada perbincangan tentang projek baru.

"Assalamualaikum Semua, Cik Hana hari ini tak dapat hadir ke perbincangan kita. Dia akan digantikan dengan CEO baru kita." kata Puan Asmah

"Aku dengar CEO kita tu handsome." Nada teruja dari salah seorang pekerja.

"Ya, dah la muda. Idaman sangat!" Setuju seorang lagi pekerja.

Aku sendiri pun tak tahu kalau syarikat ni ada CEO baru aku ingatkan sama je. Maklum la aku baru dua hari disini dan aku belum ada urusan dengan CEO.

__________

"Sorry i'm late, let's start our discussion." Kata CEO tersebut.

"Apa kejadahnya la pakai kaca mata hitam bawah tempat bertutup, dia ingat dia artis ke orang datang serbu nak tangkap  gambar. Nak cover muka la kononnya tu? " Bicara Isha di dalam hati dan tanpa sengaja mengeluarkan reaksi muka menyampah.

"Kau kenapa Arisha?" Tegur salah seorang rakan sekerja.

Arisha hanya menggelengkan kepala.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now