Bab 10

85 7 0
                                    

         "Arisha, CEO nak jumpa."

Malasnya aku nak berurusan dengan CEO ni dengan ketua pun aku malas, ini kan CEO. Berat hati aku nak bangun untuk pergi ke bilik kerjanya.

Knock, knock..

"Masuk."

Aku masuk dengan perasaan yang teragak-agak.

Aku hanya berdiri di depannya tanpa bersuara.

Aku terkejut untuk kali kedua kerana ketika perbincangan berlaku sebentar tadi aku tidak dapat melihat mukanya dengan jelas.

Pertemuan kali kedua kami ini membuatkan aku bertambah terkejut kerana CEO aku adalah lelaki yang aku temui di Ramuan Cafe. Ya, lelaki yang aku juga pernah ugut untuk memberi tahu kehadirannya di syarikat ini pada pengawal.

Badanku mengeras, tak mampu berkata apa-apa.

"Hi dear. Kenapa terkejut ke?"

Ayden Asyraf. Anak kepada Dato Ahmad Jamal. Abang kepada Aiman Arfan. Baru balik dari luar negara beberapa bulan yang lepas dan dilantik sebagai CEO di NA Company minggu lepas.

Jadi dialah lelaki yang semeja dengan Encik Aiman semasa selamatkan aku dari Darwish tempoh hari.

Kalau mengingat kembali pada tempoh hari dia hanya lihat sahaja peristiwa yang berlaku. Tidak membantu langsung hanya adiknya yang menolong aku dari Darwish.

"Hello, are you okey? " Tanyanya sambil tangan dilambai-lambai.

Aku tersedar dari lamunan.

"Eh, maaf Encik?" Tanyaku kerana belum pasti dengan namanya.

"Asyraf." Jawabnya.

"Saya nak minta maaf tentang semua yang pernah saya buat dekat Encik Asyraf." Kenapa aku yang minta maaf ni, dia yang start dulu. Kalau dia tak langgar aku mesti kita takkan bertemu.

"Because you once wanted to report me to the security guard. I can't forgive you that easily." Nada mencabar kedengaran ditelinga.

"Tolong lah Encik, maafkan saya. Saya sanggup buat apa sahaja." Kata-kata keramat untuk dimaafkan sudah keluar dari mulutku.

"I like that sentence. Awak akan buat apa sahaja kan?" senyum mengejek.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now