Bab 26

108 4 0
                                        

"Isha? Nama dia sama dengan saya?"

Asyraf hanya senyum.

"Lepas tu apa jadi?" Tanya Arisha pada suaminya.

"Semenjak dari hari tu, saya selalu main dengan dia. Kadang tu kalau kitaorang tak main sama-sama pun, saya mesti akan cari dia. Boleh di katakan 'usya' la." Asyraf mengeluarkan peace sign lalu dua jarinya turun naik dua kali.
Tak reti la nak terangkan 😭

"Kecik-kecik dah gatal awak ni. Dah jadi suami saya ni jangan gatal 'usya' perempuan lain pulak." Aku membuat gerak tangan yang sama seperti Asyraf lakukan. Asyraf senyum melihat gelagatku.

"Jangan risau la, saya gatal dengan awak je nanti." Senyum nakal. Aku dapat merasakan mukaku panas membahang.

"Ish awak ni, sambungla cerita."
Asyraf meneruskan ceritanya.

" Lepas tu.." Asyraf melihat Arisha yang sudah terlelap.

"Ehm, penat sangat ni." Asyraf menarik selimut untuk menutup tubuhku dari kesejukan.

Lampu ditutup lalu berbaring disisiku.

"Selamat malam cinta." Asyraf lelapkan matanya. Kepenatan.

________

"Awak."
"Awak."
"Jom bangun dah pukul 7 pagi ni. Awak bangun, Solat lepas tu makan."

"Hm"

"Bangun, bangun. Tak ada hm-hm."

Asyraf bangun dari katil dan duduk. Menyumpul nyawa.

"Awak dah solat ke?" Tanya Asyraf.

"Saya bangun pukul 6:50 tadi, sebab saya takut tak sempat jadi saya terus pergi solat. Sorry Awak."

Asyraf hanya diam melihat muka isterinya. Tidak lama kemudian, Asyraf bangun.

Setelah mereka berdua selesai bersiap, mereka turun untuk sarapan pagi.

"Eh, ibu dah sampai?"

"Iya lah, nak tunggu kamu mahu malam karang baru buka pintu." Jawab Puan Aminah.

"Hehe."

Asyraf terus salam kedua mentuanya dan mengambil tempat di sebelah bapa mentuanya. Manakala Arisha ke dapur.

"Sorry Mama." Ucapku sambil menggerakkan badan kekiri dan kekanan kerana ada susuk tubuh kecil yang sedang memeluk diriku. Arlyn. Adik Asyraf. Kanak-kanak yang tersesat di Shopping Mall dahulu. Ketika itu Arlyn keluar bersama Aiman. Betapa marahnya mama dekat Aiman waktu tu. Itu apa yang diceritakan Asyraf pada aku la.

Kecil kan dunia ni? Aku pun tergelak waktu pertama kali jumpa Arlyn.

"Eh, kenapa?" Soal Puan Asnah.

"Isha tak tolong mama masak pagi ni." Arisha memasang muka sedih.

"Eh takpe la, mama tahu kamu penat. Dah jom hidangkan makanan ni ke meja makan."

"Baik mama." Balas Arisha.

Selesai mereka sarapan pagi, mereka berborak di ruang tamu.

Knock, Knock

"Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni." Kata Puan Asnah.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang