Mulai hari ini aku telah menjadi tunang Encik CEO NA Company. Aku memakai cincin lamaran dengan senyuman yang tidak lengkang di bibir.
Aku pergi kepejabat dengan perasaan yang gembira. Semua orang memerhati gerak geriku yang agak lain pagi ni. Mungkin sebab aku pakai baju baru, semangat punya pasal.
"Hi Aliya, Selamat pagi!"
"Eh hi, semangat nampak. Ada benda seronok berlaku ke semalam?" Soal Aliya.
"Tak ada apa la." Aku hanya senyum. Ya, Ada benda yang berlaku semalam. Mungkin kenangan terindah bagi aku? Adakah ada bibit-bibit cinta telah mendarat di hatiku?
________
Macam biasa kalau dah waktu rehat aku dengan Aliya adalah orang terawal yang turun. Bukan nak curi tulang ya, tapi takut makanan habis. Selepas kami membeli makanan kami mengambil keputusan untuk makan dia atas sahaja, sebab banyak kerja yang kena buat. Maklum la projek yang aku pegang tinggal beberapa percent je nak siap.
Dalam perjalanan kami mahu ke lif untuk naik ke atas. Kami terserempak dengan Encik Asyraf a.k.a Encik Tunang aku. Entah kenapa hari ni dia nak cari makan dekat sini. Biasanya dia akan keluar untuk makan tengahari.
Tanpa aku sedar aku terasa sangat teruja ketika bertemunya. Mungkin betul, sudah ada cinta di hati apabila kata-kata manisnya di keluarkan. Aku mengakui dengan statment yang mengatakan 'perempuan mudah cair dengan mulut manis lelaki'.
Aliya hanya tunduk . Asyraf hanya senyum datar lalu mata kami bertembung. Kami hanya membalas senyuman. Tiba-tiba otak gilaku membuat tindakan secara tiba-tiba. Aku mengangkat tangan untuk menunjukkan cincin yang telah aku pakai dijari.
Sekali pandang aku nampak Asyraf senyum manis. Aku juga ikut senyum.
Tiba sahaja kami di lif Aliya tanya pada aku.
"Kau nampak tak Encik Asyraf senyum tadi."
"Nampak je, kenapa?"
"Dia mesti senyum dekat kau kan!"
"Mengarut la kau. Dia senyum sebab kita staf dia je la." Aku sorok senyumku dari Aliya.
Aliya ni suka sangat ship aku dengan dia. Tiba-tiba aku teringat dengan statment yang mengatakan 'jangan benci nanti suka'.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...