Dah seminggu kad perniagaan milik lelaki itu menghantui hidup aku. Macam mana aku boleh tak perasan itu dia!
"Isha, kau tak nak ke cuba chat dia?" muka gatal Tasya yang paling aku rasa nak hempuk bila dia buat macam tu telah terpancar.
"Tak nak la aku. Buat apa? bukannya aku perlukan bantuan dia sekarang ni" jawabku
"Oh! maksudnya nanti kau akan chat dia la kan?!"
Alamak salah cakap pulak! makin gatal la si Tasya ni nanti.
"Eh bukan! m-maksud aku.."
"Ala takyah berselindung dari aku la Isha. Aku kan kawan kau"
________
NA COMPANY
SETIAUSAHAAIMAN ARFAN
011-100 0001
aabaj@gmail.comAiman Arfan. Anak kepada pemilik Syarikat terbesar di Kuala Lumpur ni. Dato Ahmad Jamal.
Isha! kenapa la dengan kau ni dia tu terkenal bukannya tak terkenal. Macam mana kau tak cam dia hari tu. Malunya aku kalau orang nampak!
Aku harap tiada yang mengenali dia, sebab waktu tu dia berpakaian agak tertutup. Berhoodie biru dan kaca mata hitam.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomantizmPertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...