Aku menyesal...
Kalau hari tu aku tak cakap yang 'aku akan buat apa sahaja', mesti hari ini aku takkan berurusan dengan CEO NA Company untuk urusan yang tak penting.
Encik CEO
7:30 pagi esok datang bilik kerja saya.Isha
Apa yang Encik merepek ni. Kenapa saya kena masuk kerja 30 minit awal sedangkan pekerja lain masuk pukul 8?Encik CEO
You said you'd do anything, right?
Isha
Baikla..Menyesal yang teramat.
Aku tiba di bilik kerja Encik Asyraf awal 10 minit. Dia patut maafkan aku dengan mudah kerana aku tunaikan permintaannya lebih awal dari yang diminta.
Lebih kurang lima puluh minit aku tunggu kehadiran dia di biliknya, akhirnya tiba juga Encik CEO muda yang lagi kacak ni. Kacak sangat ke? Biasa je bagi aku.
"Selamat pagi Encik Asyraf. Ada apa saya boleh bantu?" tanyaku dengan baik. Tak ikhlas pun sebenarnya.
"Awak boleh balik ke tempat awak." Nada selamba.
Wah, aku dah tunggu kau lima puluh minit lepas tu kau halau aku macam tu je?
"Tapi Encik minta saya tunggu Encik. Dari pukul 7:20 saya dah tunggu Encik dekat sini. Lima puluh minit kot saya tunggu, dah la Encik Asy lambat sepuluh minit." Kataku panjang lebar.
"Encik Asy?" Tanyanya dengan nada keliru.
"Erk.. maaf. Encik Asyraf." sambil jari ibu di tunjukkan pada Asyraf.
"Saya suruh awak datang bilik saya pukul 7:30 je, tak suruh tunggu saya pun." Katanya tanpa reaksi.
Sakitnya hati aku dengar. Kerja aku tertangguh lima puluh minit sebab benda yang sia-sia..
"Baiklah, saya keluar dulu." Jawabku dengan senyuman tidak ikhlas.
Isha keluar dari bilik itu.
"Dia ingat dia CEO aku takut la! Kalau takde benda penting cakap la awal-awal ini tak, menyusahkan aku je. Sebab aku hormat jawatan kau je la aku ikutkan je!" bebelnya dia luar bilik Asyraf dengan suara yang hanya orang terdekat sahaja boleh dengar. Tapi tak ada orang pun sebenarnya sebab tu dia berani.
"Asy?" kata Asyraf. Dia teringatkan seseorang dari panggilan itu.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...