"...tak tunang lagi dah putus. Kesiannya tu lah saya ajak awak fix balik hubungan kita awak taknak." Sambung Darwish.
"Eh-" Kata-kataku terpotong. Dia lupa ke benda tu pun berlaku pada dia dulu?
"Dia tunang ke tak ke. Apa urusan dia dengan kau?"
"Yang kau nak masuk campur kenapa?"
"Mungkin sebab aku bakal suami dia?"
Wah memang dua beradik ni gila agaknya. Sorang mengaku aku sebagai girlfriend. Yang sorang ni pula lagi gempak. Bakal isteri terus.
Aku memandang Asyraf dengan riak terkejut. Darwish juga.
Darwish pergi dengan perasaan bengang. Tak move on lagi la tu.
Aku dan Asyraf masuk ke dalam kereta.
"Awak gila ke Asyraf! Kenapa awak cakap macam tu dekat dia! Dia tu jenis yang bercakap perlukan bukti. Lagi pula pasal bakal bertunang olok-olok adik awak tu, lagi la dia tak percaya dah lepas ni!" marahku panjang lebar. Hilang gelaran Encik terhadap Asyraf kerana terlalu marah.
"Terlepas cakap nak buat macam mana. Buat je la." Selamba je dia cakap.
"Buat je la?! Awak ni memang gila la."
Aku berpeluk tubuh dan menghadap ke arah tingkap. Stres aku bila dua beradik ni masuk dalam hidup aku.
Asyraf faham dengan tindakan aku. Aku nak balik sekarang. Asyraf terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
_______
Malam telah pun tiba. Kini masanya untuk merehatkan mata dan otak yang penat.
Ting!
Encik CEO
Macam mana?Isha
Macam mana apanya?Encik CEO
Lamaran saya tadi.Lamaran? Huh?! jangan cakap yang dia kata pasal bakal suami tu! Macam tu ke lamaran?! Tak gentleman langsung la Asyraf ni.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...