Bab 2

198 9 0
                                        

Petang semalam aku terima Notification Whatsapp. Terpapar nama Darwish di atas perkataan online.

Darwish
Lama saya tak tanya khabar awak. Awak free tak petang esok?

terkejut aku baca mesej tersebut dah la tak bagi salam ke apa tiba-tiba ajak jumpa. Ingat aku ni apa?

Isha

                 InsyaAllah petang esok saya free..

Darwish
Baiklah kalau macam tu. Jumpa petang esok ya.

__________

Seperti yang dijanji petang ni Isha akan bertemu dengan Darwish.

Aku agak gemuruh dengan pertemuan kami kali ini kerana ini adalah pertemuan pertama kami setelah putus. Aku harap Darwish takkan cakap benda yang aku tengah fikirkan sekarang ni.

"Saya nak kita fix balik macam dulu."

Dan apa yang aku tak nak dia telah ucapkan sebentar tadi. Sekarang aku nak buat apa.

Kami adalah pasangan kekasih yang sangat diminati ramai mungkin kerana kekasih aku adalah Darwish. Ketua Pasukan Bola Sepak Universiti kami yang ramai gerunkan kerana skill mereka yang sangat susah di jangka.

Kami putus juga ramai yang sangat tidak berpuas hati. Kadang tu ada yang sampai bertikam lidah dengan si perempuan yang merampas Darwish dari aku. Ya, Darwish curang dengan aku sedangkan kami sudah berencana untuk bertunang di semesta akhir. Nasib baik Darwish telah menunjuk belangnya sebelum kami bertunang kalau tak, malu keluarga aku nanti.

"Awak ni gila ke? mana perempuan yang awak sayang sangat sampai sanggup tinggalkan saya?" jawabku dengan nada suara yang marah.
Aku baru je nak belek-belek menu yang ada dekat restoran ni dia dah cakap macam tu.

"Dia dah jumpa lelaki lagi kaya dari saya." menafikan. Padan Muka Kau!

Wah dia ingat aku ni anak patung anak jiran dia ke? bila taknak kemain campak jauh-jauh. Bila dah bosan baru nak mencari.

"Kalau awak nak jumpa saya untuk cakap benda ni baik saya gerak dulu. Banyak lagi benda saya boleh buat" Aku berdiri untuk berlalu pergi dari restoran itu.

"Isha!" memegang tanganku dengan kuat.

"Sakitlah apa yang awak buat ni?!"

"Lepaskan tangan dia!"

Kedengaran satu suara yang tidak dikenali. Kau ni siapa? Kau tinggal sini ke?

Encik CEO Muda [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang