Bab 16

65 6 0
                                    

Seperti yang pernah aku bagitahu, kami telah merancang untuk membuat projek baru di syarikat kami. Semua urusan tentang projek itu telah tersedia, hanya perlu pergi ke lokasi untuk membuat pemantauan sahaja.

"Hari ini awak dan saya kena buat pemantauan dekat lokasi. Awak tak ada masalahkan?" Beri tahu Aiman kepada Isha.

"Saya tak kisah, yang penting tentang hal kerja."

"Baiklah kalau macam tu dalam pukul 2:00 petang kita dah gerak kesana, awak standby je okey?"

"Baik Encik Aiman." Jawabku.

"Wah ada orang tu pergi buat pemantauan dengan setiausaha kita lah!" Perli Aliya.

Aku hanya senyum pada Aliya.

________

Jam menunjukkan pukul 1:45 petang, menandakan aku ada masa lima belas minit untuk bersiap sedia dia lobi.

Aku mengemas meja dan mengambil barang yang penting lalu memasukan ke dalam beg tanganku.

Perjalanan kami mengambil masa lima puluh minit untuk tiba di destinasi. Dalam perjalanan kami hanya selesa berdiam diri. Mungkin aku tak berapa selesa dengan dia.

"Jadi seperti plan yang saya cakapkan tadi, ini adalah pejabat pengurusan penduduk." Jelas Aiman pada Isha.

"Kalau saya boleh tahu, dekat sebelah selekoh tu tempat apa pula ya?"

"Itu merupakan kawasan kediaman yang berharga RM300,000.00"

Setelah pelbagai penerangan yang dibuat oleh Encik Aiman, kami mengambil keputusan untuk keluar makan.

"Awak masuk la dulu, saya cari parking kejap." Kata Aiman.

Aku menuju ke restoran dimana Encik Aiman menurunkanku sebelum mencari parking.

Aku melihat buku menu yang berada diatas meja untuk membuat pilihan makan tengahariku hari ini.

Aiman tiba di restoran.

Setelah selesai makan, kami mengambil keputusan untuk pulang ke pejabat.

"Eh Isha! Lama tak JUMPA kau." Nada memerli dari Darwish.

"Eh Darwish." Sekian lama dia tak munculkan diri, hari ni tiba-tiba datang menyergah.

"Wah! Boyfriend kau pun ada!"

"Ingatkan dah putus sebab tu cari lain."

Aku terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Darwish. Dia nampak aku hari tu?

Aiman hanya memandang Isha.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now