Bab 34

49 2 0
                                    

Aku baru sahaja sampai kerumah. Tak lama kemudian Asyraf pula sampai.

Knock, knock.

"Assalamualaikum." Pintu dikuak perlahan.

"Waalaikumsalam." Arisha menyambut kepulangan suaminya. Ini sudah jadi rutinnya setiap balik kerja. Walau pulang diwaktu yang sama tetapi tanggungjawabnya sebagai isteri tidak dilupakan.

"Dear, malam nanti Aiman nak tidur rumah kita, senang pagi esok nak hantar mama, papa, ibu dan abah ke KLIA. Esok pun dia ada nak jumpa klien lepas tu, jadi dia nak tumpang rumah kita. Boleh?" Kata Asyraf. Aku hanya mengangguk setuju. Penat baru balik tak hilang lagi ni.

Kami pun naik keatas untuk membersihkan diri.

50 minit selepas, aku dan Asyraf sudah berada di ruang tamu untuk menunggu adik iparku. Aiman.

"Assalamualaikum Abang Ngah, Kak Ngah." Panggil Aiman dari luar pagar. Aku pun bangun dari dudukku untuk membuka pintu.

"Mari la masuk." Ujarku keoada Aiman yang masih berdiri diluar. Aiman terus mengikut langkahku dari belakang.

Asyraf hanya berpaling untuk melihat adiknya, tidak berkata apa-apa. Biasalah adik-beradik selalu sangat jumpa, nak teruja pun dah bosan.

Kami berbual-bual di ruang tamu. Banyak cerita yang Aiman ceritakan kepada kami. Sibuk di office. Kelibat je nampak bertegurnya tidak.

"Oh ya, esok pagi abang dengan akak nak pergi KLIA pukul berapa?" tanya Aiman.

"Mereka gerak pukul 9 kan? dalam pukul 8:15 macam tu la kot kita orang gerak." balas Asyraf.

Mama, Papa, Ibu dan Abah akan bercuti ke London. Disponsor oleh Asyraf, katanya sebagai ucapan terima kasih kerana membantu menjayakan majlis kami yang telah berlangsung dan akan berlangsung beberapan bulan depan.

"Awak, saya naik atas kejap ya." Asyraf mengenyitkan sebelah matanya kepada Arisha. Saja nak bagi Aiman panas hati. Siapa suruh single.

Arisha mengangguk. Aiman menjeling abangnya yang satu itu. Dia ingat aku sakit hati? Sikit pun tak, menyampah je lebih.

"Sementara abang takde ni, Aiman nak cerita sikit la."

"Akak ingat tak waktu Aiman ajak akak keluar makan?, waktu tu akak baru masuk kerja. Lepas tu Aiman dah jarang berurusan dengan akak." Kata Aiman.

"Hm, ingat. Kenapa?" kepala Arisha mengangguk sekali.

"Sebenarnya waktu abang jumpa akak, abang dah dapat rasa yang akak ni seorang yang dia kenal."

"Dan kebetulan malam hari pertama akak masuk kerja, Aiman ada terjumpa satu CD..."
________

"CD apa ni, tak pernah nampak pun." Aiman berjalan menuju ke meja televisyen.

Aiman memasukkan CD tersebut ke dalam CD player. Asyraf yang melihat televisyen itu terbuka pun melihat sekali apa yang ditayangkan.

"Isha, cepat! sikit lagi! Go Isha, go!" Kedengaran suara Asyraf ketika kecil keluar dari televisyen itu. Acara sukaneka yang terpapar di banner belakang membuatkan Asyraf teringat.

"Abang kenal ke perempuan ni?" Tanya Aiman kepada Asyraf yang muka agak terkejut.

"Dia." Jawab Asyraf. Aiman kebingungan. Siapa dia yang dimaksudkan abang ni?

"Dia? Siapa dia?" Tanya Aiman.

"Arisha Nabila."
________

"Lepas tu, abang terus ceritakan macam mana dia boleh kenal akak." Arisha tersenyum mendengar cerita Aiman.

"Jadi Aiman ajak keluar tu, untuk tahu baik budi akak. Berdasarkan cerita yang abang cerita tu mengatakan akak berbeza. Ternyata tidak." Senyum bangga Aiman terukir, kerana Arisha telah menjadi milik abangnya. Tak lama kemudian Asyraf turun.

"Sorry lambat, cari barang tak jumpa tadi." Kata Asyraf.

"Takpe do bang, kau turun lambat lagi pun takpe. Boleh aku cerita macam-macam dekat kak Ngah." Ketawa Aiman dan Arisha kedengaran ke telinga Asyraf. Asyraf menggeleng kepala.


Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now