8:46 pagi kami bertiga telah tiba di KLIA.
Terlihat sosok tubuh mama dari belakang, beberapa langkah setelah itu terlihat sosok tubuh yang lain sedang menunggu ketibaan kami untuk kali terakhir sebelum ke London sana.
Kami berborak mesra, dan memberi sedikit nasihat kepada mereka untuk berhati-hati di tempat orang.
"Panggilan kepada penumpang yang menaiki kapal terbang menuju ke London, sila ke Gate C. Ulang suara..."
"Haa tu diorang dah panggil." mama memandang kami untuk meminta izin pergi.
Kami menghantar mereka ke Gate C, tibanya di sana kami bersalaman.
Setelah mereka telah hilang dari pandangan kami bergegas pulang untuk pergi ke tempat kerja pula.
"Awak, saya pergi office dulu ya."
"Okey, Hati-hati sayang. Jumpa dekat office nanti." Nasihat Asyraf kepadaku yang mahu bergerak ke tempat kerja.
Arisha menuruni anak tangga untuk berlalu pergi. Aiman yang sudah siap berpakaian kemas sedang duduk di meja makan.
"Akak nak pergi dah?" Tanya Aiman.
"Haah." Jawabku ringkas.
Aiman melambaikan tangannya. Arisha membalas lambaian itu dengan senyuman.
10:40, kedengaran bunyi bising dari arah bilik meeting. Semua yang keluar dari bilik itu kelihatan begitu marah.
"Penat-penat aku siapkan document ni semalam, CEO tu boleh pulak tak ada." Marah seorang pekerja.
"CEO tak ada? dia tak cakap apa pun tadi." bisik Arisha perlahan.
Arisha mengambil telefon bimbit miliknya. Arisha menekan ikon yang tertera nama suaminya itu.
Ringing..
"Hello? awak tak pergi kerja?" - Arisha Nabila
"Saya dah on the way tadi, tapi kereta sama tak boleh hidup pulak tiba-tiba." - Ayden Asyraf
"Habis tu, awak dekat mana sekarang?" - Arisha Nabila.
"Menikmati angin bandar." - Ayden Asyraf
"Huh?" - Arisha Nabila
Satu notifikasi dari Asyraf melalui aplikasi WhatsApp. Asyraf menghantar video menaiki towing dengan angin yang kuat.
"Main-main, main-main. Awak tahu tak hari ni awak ada meeting?!" - Arisha Nabila. Nada sedikit tegas.
Asyraf yang sedang bersandar di dalam kereta itu terus duduk dengan tegak selepas mendengar perkataan 'meeting' itu.
"Ya Allah, macam mana saya boleh lupa ni!" - Ayden Asyraf
Geleng kepala Arisha mendengar kata-kata Asyraf itu.
"Kejap lagi nak datang office naik apa?" - Arisha Nabila
"Izz kata nak jumpa saya, nanti saya minta dihantar terus la." - Ayden Asyraf
"Okey la kalau macam tu, pesan dekat Izz hati-hati bawak kereta. Awak tu jaga diri jangan gatal sangat." - Arisha Nabila
"Baik boss!" - Ayden Asyraf
Arisha menamatkan panggilan telefon itu. Tenang sikit hatinya.
1 jam selepas Arisha menelefon suaminya, dia mendapat panggilan dari nombor asing.
"Huh? Hospital mana?!" Suara Arisha membuatkan pekerja lain berpaling ke arahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...
![Encik CEO Muda [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/353581226-64-k299667.jpg)