Bab 13

70 7 0
                                    

Aku rasa ini dah kali kelima aku ulang alik dari tempatku ke bilik CEO NA Company ni. Aku harap ini adalah kali terakhir aku kena pergi ke bilik kerjanya.

Aku menghulurkan fail tersebut tanpa berkata. Dia mesti dah tahu apa yang aku buat kan.

"Ini dah kali keenam awak datang bilik saya untuk bagi fail ni, tapi tak ada apa yang berubah. Awak nak saya buat apa dengan fail yang sama ni Arisha?"

Tak ada yang berubah? Kau gila ke? Aku buat tu bukan setakat tukar ayat lah. Aku buat semula dari awal!

"Kalau macam ni la, awak balik je lah tempat awak. Document ni nanti saya suruh orang lain je yang buat." Katanya dengan riak serius.

Aku tak tahu nak gembira ke rasa bersalah dengan keputusan dia tu. Gembira sebab aku tak perlu jumpa dia untuk kali ketujuh dan seterusnya. Sebersalah sebab aku rasa aku punya hasil kerja terlalu teruk dan terpaksa menyusahkan orang lain.

Aku kembali ke tempatku dengan riak sedih. Masih keliru dengan perasaan sendiri.

Asyraf hanya senyum puas.

Dia ada masalah dengan kawan dia ke sampai terbawak ke office tak fasal-fasal aku yang kena bidasnya.

Kalau hari-hari macam ni, sad ending la kisah hidup aku.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now