Genap 10 hari aku bergelar isteri kepada Ayden Asyraf. Lusa dah masuk pejabat semula, Asyraf akan masuk dahulu untuk elak rasa pelik. Esoknya pula aku akan masuk kerja.
Kami telah pun berpindah ke rumah kami sendiri 3 hari lepas. Kelmarin kami berdua mencari beberapa perabot tambahan untuk menghiasi rumah kami itu. Asyraf hanya membeli perabot asas sahaja dahulu kerana mahu memberi ruang kepadaku untuk hias mengikut citarasaku.
Selama 7 hari di rumah mama papa dan 3 hari disini, pelbagai aktiviti kami lakukan. Ia membuatkan hubungan kami lebih erat dan saling mengenali. 1 aktiviti, 1 kisah di ceritakan kepada satu sama lain. Maka kini, tiada rahsia di antara kami. Itu janji kami.
Hari ni aku dan Asyraf akan berjoging di kawasan perumahan kami, mungkin akan bermain beberapa sukan seperti badminton atau tenis.
"Awak, kejap la. Jangan la laju sangat."
"Sikit je lagi, nanti depan tu kita duduk la." Kata Asyraf.
"Saya dah tak larat." Kataku termengah-mengah kerana kekurangan oksigen.
Asyraf sedikit mengeluh melihat aku yang asyik termengah-mengah kepenatan. Geram la tu sebab kena berhenti banyak kali. Aku ni dah lama tak joging sekali joging memang terkejut la paru-paru aku.
"Badan awak ni tak sihat tahu tak? baru beberapa minit joging dah penat."
"Awak biasa joging tak apa la, saya ni jarang-jarang. Boleh kira berapa kali je saya joging dalam masa setahun." Bebelku kepada Asyraf dengan wajah tidak puas hati. Merajuk kononnya.
Asyraf melihat wajah masamku itu terus melihat sekeliling kami. Tiba-tiba Asyraf memetik jarinya seperti mendapat idea.
"Nak aiskrim tak?" Tanya Asyraf."Nak!" Senyum manis. Asyraf geleng kepala melihat reaksiku itu.
"Segarnya udara hari ni kan?"
"Segar la, dah dapat tukar aktiviti joging kita kepada makan aiskrim atas buaian." Perli Asyraf. Ya, kami sedang makan aiskrim sambil main buaian di salah satu taman kawasn rumah kami. Seronok la juga dapat elak joging, tapi aku tahu yang joging ni lama-kelamaan akan jadi hobi aku bila kahwin dengan Asyraf ni.
"Tiba-tiba saya terfikir, kenapa saya tak ingat kalau awak adalah childhood friend saya? dan macam mana awak boleh ingat saya sebagai childhood friend awak?" Tanyaku.
"Balik ni saya tunjuk satu video dekat awak." Kata Asyraf.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomansaPertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...