Bab 32

42 3 0
                                    

"I'm sorry." Ujar Asyraf kepadaku.

"For?"

"Irdeena?" Asyraf pelik denganku. Tidak cemburukah dia?

"You are my husband, I believe you. I know you married me because I was your choice. I know who is good and who is bad. you don't have to worry as long as you don't do that." Kataku. Senyum diukirkan.

Asyraf memeluk erat tubuhku selepas mendengar kata-kataku itu.

"Percayakan diriku sehingga akhir hayatmu, Arisha Nabila. Aku mencintaimu sepanjang hayatku. Ya Allah, terima kasih telah hadirkan Arisha Nabila sebagai isteriku. Kuatkan imanku untuk setia padanya." Kata Asyraf didalam hati.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Tanyaku kepada Asyraf yang pada awalnya memanggilku ke bilik kerjanya.

"Saja, pagi tadi saya tak sempat tengok muka isteri saya ni."

"Itu je? Kalau macam tu saya balik tempat saya dulu." Balasku.

"Kejap." Asyraf memegang tanganku lalu diciumnya. Setelah itu dia mengucup dahiku pula. Aku dan dia berlalu pergi dari laluan khas yang sunyi itu. Selagi tiada yang berurusan dengan pengarah, tiada siapa yang akan lalu laluan itu.

________

"Arisha, kau ada nak bagitahu aku sesuatu ke?" Tanya Aliya. Wajahnya kelihatan was-was, tapi sedia mendengar cerita dariku jika ada.

"Huh? kenapa ni?" Risau aku dibuatnya, terkantoikah? Aliya merapatkan dirinya denganku. Seperti ingin membongkarkan satu rahsia besar.

"Aku nampak Encik Asyraf tarik kau tadi." Alamak! tekaanku benar. Perlukah aku mengaku?

"Then, aku saja ikut korang dan tanpa sengaja aku terdengar perbualan korang." Nampaknya memang kena mengaku lah.

"Korang dah kahwin?" Tanyanya was-was. Aku mengangguk sekali.

"Huh?!" Suaranya tanpa sengaja terkuat akibat terkejut.

"Oi, perlahan sikit la." Marahku sambil melihat kiri kanan yang dipandang orang. Aliya terus menutup mulutnya dengan telapak tangan kanannya.

"Bila korang korang kahwin?, Kenapa tak bagitahu aku?, Kau ambil cuti tu, cuti kahwin la?" Tanya Aliya bertubi-tubi.

"Ya, sorry la sebab tak bagitahu. Aku buat macam tu sebab Asyraf juga, dia takut apa-apa jadi dekat aku, kalau orang tahu. Jadi buat masa sekarang kitorang nak rahsiakan." Kataku panjang lebar.

"Cuba cerita apa yang terjadi sebenarnya. Semua." Pinta Aliya sambil menekankan perkataan semua itu. Tanpa membuang masa, aku terus menceritakan hal sebenarnya padanya.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now