Seminggu kemudian...
Semangat Isha bangun pagi hari ni untuk ke tempat kerjanya. Isha bangun seawal 5:00 pagi untuk memperhias diri agar terlihat kemas dan cantik pada hari pertamanya.
Tepat jam 7:00 pagi Isha telah gerak ke tempat kerjanya.
7:45 pagi...
Isha tiba di tempat kerjanya dengan perasaan yang sangat teruja. Isha diminta untuk tunggu di bilik menunggu sebelum dipanggil oleh orang atasan."Cik Arisha Nabila?" tanya salah seorang pekerja.
"Ya, Saya." jawab Isha
"Boleh ikut saya."
Aku hanya mengikuti jejak pekerja tersebut sampai lah dia berhenti di hadapan satu ruangan yang tertulis sebuah nama.
-SETIAUSAHA-
AIMAN ARFANAku hanya mampu memberi senyuman nipis. Kenapa kena hantar aku ke bilik dia?
Knock, knock..
"Masuk."
Aku membuka pintu dengan pelahan.
"Jemput duduk." Tanpa melengahkan lagi masa aku terus duduk dihadapannya.
"Hi Cik?."
"Arisha" Jawabku pantas.
"Encik Aiman nak jumpa saya kenapa ya?"
"Selamat Datang ke NA Company. Saya harap awak dapat selesakan diri disini." katanya
"Terima Kasih Encik Aiman." aku hanya senyum.
"Awak boleh ikut PA saya ke tempat awak."
"Baik." balasku ringkas. Memang semua pekerja baru akan disambut dengan ucapan selamat datang dari dia ke? biasanya aku tengok dalam kdrama tu takde pulak macam ni.
Tiba dia tempatku aku memulakan perkerjaan seperti biasa, sebarang pertanyaan aku hanya perlu bertanya pada rakan semejaku.
_________
lunch time...
Aku keluar bersama rakan semejaku iaitu Aliya ke food court syarikat ini untuk mencari makanan tengah hari yang menarik.
Sementara sedang mencari makanan aku dapat merasakan ada sesuatu di dalam perut aku yang sedang cuba memberi isyarat untuk keluar dari perutku. Aku meminta izin berlalu dari food court sebentar pada Aliya. Aliya memahaminya.
Setelah selesai membuang hajat aku terlanggar seseorang yang tidak asing di mataku.
"Awak?! Apa yang awak buat kat sini? Awak ikut saya ke? macam mana awak tahu saya dekat sini?!" bertalu-talu soalan di berikan.
"Sorry?" Katanya dengan riak wajah pelik.
"Baik awak pergi dari sini sekarang sebelum saya panggil pengawal dekat depan datang ke sini."
Lelaki tersebut hanya mengikutkan sahaja arahan Isha.
Lelaki tersebut adalah lelaki yang Isha jumpa di Ramuan Cafe. Ya, lelaki yang telah pergi begitu sahaja selepas kemalangan yang berlaku terhadap dia dan Isha.
Isha dengan perasaan berang terus ke food court untuk makan dan menenangkan fikiran setelah berjumpa dengan lelaki tersebut, ia membuatkan kemalangan tersebut terimbau kembali.
"Isha, kau okey tak ni? kenapa ni?" tanya Aliya
"Takde apa lah." kataku.
Terdapat banyak soalan yang bermain difikiranku.
Siapa lelaki tersebut? Macam mana dia boleh berada disini dan berpakaian serba formal itu?
![](https://img.wattpad.com/cover/353581226-288-k299667.jpg)
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
Roman d'amourPertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...