"Awak."
Aku melihat susuk tubuh yang baru sahaja tiba di hadapan pintu bilik kami.
"Awak, saya nak tanya sesuatu boleh tak?"
"Awak nak tanya apa? tanya la."
Asyraf mengambil tempat disebelahku. Kami saling bermenghadap. Aku menatap mata Asyraf yang berwarna hazel itu.
"Awakkan pernah cakap yang awak dah lama suka saya, tapi kita baru kenal dalam tiga bulan." Soalku dengan soalan yang tidak seperti soalan.
"Mungkin awak tak ingat saya."
"Apa pula tak ingat, Awak lah lelaki yang TUMPAHKAN air dekat baju saya."
Asyraf memegang kedua belah bahuku. Kini dia yang menatap mataku.
"I'm sorry about that, but it wasn't our first meeting."
Asyraf menarik tubuhku untuk berbaring disebelahnya. Kepalaku diletakkan diatas dada bidangnya. Aku dapat mendengarkan degupan jantungnya saat ini.
"Dulu saya pernah jatuh dari, lutut saya luka tapi tak la teruk. Luka biasa je. Then, ada sorang perempuan ni datang dan tolong saya. Saya tak nak dia ubatkan saya, sebab saya takut ubat. Awak jangan bagitahu siapa-siapa tau!"
Sempat pulak dia selit.
"Lepas tu dia kata dekat saya.. "
_______
"Haa! Apa kata lepas ni kita makan aiskrim sama-sama? Aiskrim dekat gerai Nek Limah tu sedap!"
Asyraf hanya lihat perempuan itu. Tanpa membuang masa perempuan itu terus mengubati luka Asyraf.
"Dah siap! Awak tunggu sini kejap tau." Macam tu je dia aiskrim-aiskrimkan Asyraf.
Perempuan itu menuju ke gerai Nek Limah.
Tidak lama kemudian perempuan itu kembali.
"Nah, ni untuk awak."
Asyraf mengambil aiskrim tersebut.
"Nama awak apa?" Tanya perempuan itu.
"Asyraf." Balas Asyraf. Perempuan itu hanya senyum sambil mencari topik seterusnya.
"Awak baru pindah sini ke? Saya tak pernah nampak awak pun dekat sini."
"Baru seminggu dekat sini." Balas Asyraf singkat. Malu agaknya.
"Awak-" Baru perempuan itu mahu menanyakan sesuatu terdengar suara yang menggangu.
"Kau ni banyak tanya la, kesian dia."
"Ish kau ni, tanya je pun."
Matanya kini memandang Asyraf.
"Takpe kan?" Asyraf hanya diam.
"Nampak, dia pun tak jawab. Dia tak suka la tu."
"Nyenyenye, bising la kau. " Kata perempuan itu. Perempuan itu berdiri dan berlalu pergi.
Tiba-tiba perempuan itu terhenti. Dia berpusing badan kearahku.
"Bye Asy! Isha tak habis tanya lagi tau!" Sambil tangan dilambai-lambai.
"Isha?" Asyraf senyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...
![Encik CEO Muda [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/353581226-64-k299667.jpg)