Lagi seminggu aku akan masuk kerja di NA Company.
Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni, excited? takut? semua dah bercampur baur.
Aku dah hantar document peribadi aku pada Syarikat tersebut. Persiapan juga telah siap sedia. Hanya perlu tunggu masa untuk memulakan perkerjaan di sana.
Aku mengambil keputusan untuk keluar dengan Tasya. Healing-healing gitu. Bendakan seminggu lagi masih boleh have fun right?
Isha
Tasya keluar jom?Tasya
Onz, dekat mana?Isha
Ramuan Cafe?Tasya
Otw..Setibanya kami di Ramuan Cafe yang terletak berdekatan rumahku. Aku dan Tasya mencari tempat yang nyaman untuk bercerita sebelum memulakan dunia pekerjaan yang akan tiba dalam seminggu.
Kami bercerita tentang persiapan, pakaian dan sebagainya tentang awal dunia pekerjaan ini. Percaya atau tak ini semua hanya bertahan pada awalnya sahaja selepas itu akan adanya konsep 'asal jumpa, guna'.
Loceng berbunyi menandakan minuman yang kami pesan sebelum mencari tempat duduk tadi telah pun siap disediakan.
Aku mewakilkan diri untuk mengambil minuman aku dan Tasya di kaunter pengambilan pesanan.
Setelah ambil aku terus berpusing untuk kembali ke tempat duduk.
Ada sesuatu yang berlaku..
Seorang lelaki yang baru tiba di Ramuan Cafe membuat pesanannya di kaunter khidmat pelanggan. Setelah membuat pesanan lelaki itu terus mengambil tempat duduk berdekatan dengan kaunter pengambilan pesanan.
Loceng berbunyi empat kali. Dua kali loceng ditekan lalu berhenti selama dua saat dan berbunyi dua kali untuk kali kedua. Faham ke? Buat-buat faham je la.
Itu menandakan ada dua pesanan telah siap dalam masa yang sama. Dua orang pemilik dari minuman itu pun berdiri untuk mengambil minuman masing-masing.
Gedebuk!
Kedua pemilik minuman itu terkejut selepas jatuhnya iced coffee latte pada baju salah seorang dari mereka.
"Hey, apa awak buat ni!?" marah Isha.
"Sorry, my mistake." kata lelaki itu pada Isha dengan secawan coffee di tangan. Lalu berlalu pergi.
"Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" Jerit Isha. Isha kembali ke tempat duduk dengan perasaan marah.
"Eh, Isha kau kenapa ni? kenapa sampai lencun macam ni?" tanya Tasya
"Geram aku dengan mamat tu, dah buat baju aku lencun, minta maaf lepas tu blah macam tu je." Rungut Isha.
"Yang pentingkan dia minta maaf."
"Memang la tapi tak gentle langsung kut." Marah Isya pada lelaki tersebut.
"Dah, dah. Jom balik." Tasya risau lagi lama disini lagi baran si Isha ni nanti.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...