Bab 21

76 7 0
                                    

Projek apartment yang aku pegang telah pun selesai sepenuhnya dua hari lepas. Semasa meeting aku mencadangkan untuk membuat makan-makan pada malam perasmian kami. Hanya untuk pekerja syarikat sahaja.

Asyraf menyetujuinya dan menyuruhku untuk mempersiapkan tempahan makanan untuk malam perasmian kami.

________

Hari ini merupakan hari Perasmian Apartment.

Semua pekerja pembinaan, officer dan sebagainya telah berkumpul di lobby apartment tersebut.

Setibanya Asyraf di pintu masuk apartment, para photographer dengan pantasnya membuat kerja. Kelihatan Asyraf yang agak terkejut dengan tindakan mereka, tetapi itu sudah biasa sebagai CEO. Walaupun ini kali pertamanya.

Sebelum sesi memotong reben, Asyraf memberi sedikit ucapan alu-aluan.

Terdapat beberapa orang yang akan memotong reben perasmian ini. Iaitu Asyraf, Aiman, Aku dan dua orang wakil dari syarikat yang bekerjasama dengan kami.

Selesai sesi memotong reben, ada pekerja yang sudah pulang ke pejabat dan ada juga yang masih berada di sana kerana ada sedikit juadah yang telah disediakan sebagai tanda terima kasih.

Keadaan di apartment tersebut agak meriah dengan suara para pekerja. Manakala aku dengan Aliya mengambil keputusan untuk duduk di luar apartment sahaja. Kami berdua memang tak suka duduk di kawasan yang ramai orang.

"Arisha!"

Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang memanggil namaku. Aku paling ke belakang untuk mencari kelibat yang memanggilku itu.

Asyraf. Ya, Tunang kesayanganku. Walau pada mulanya tunang kerana terpaksa, tapi kini dia telah mengunci dirinya dihatiku. Semudah itu?

Aku senyum ke arahnya. Aku berpaling semula pada Aliya dengan reaksi muka biasa. Dia masih tidak tahu, kami memang rancang untuk sembunyikan pertunangan tanpa majlis kami ini. Biar suprise gitu.

Aku meminta izin untuk pergi ke Encik CEO. Konon-kononnya hal kerja la.

"Ya?" Balasku dingin.

"Tahniah dan terima kasih atas usaha awak untuk siapkan projek besar ni. Tanpa awak mungkin projek ni takkan berjaya macam ni."

"Eh, takda la sikit je ni."

"For you this is a small thing, but without you realizing this small thing has made me proud." Senyum Asyraf.

Tanpa aku sedari aku telah tersenyum malu mendengar pujian darinya. Murahnya diri ini apabila mendengar ayat manis darinya.

Dia hanya ketawa melihat reaksi diriku itu.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now