Bab 28

46 3 0
                                    

Mengingat kembali pertemuannya dengan Irdeena adalah satu hal yang patut dibanggakan. Isha dapat merasakan Irdeena sedang berang dengannya ketika itu.

Maklum la baru je balik dari New York tiba-tiba kena pergi akad nikah 'kawan baik' dia. Aku tahu yang Irdeena mempunyai perasaan terhadap Asyraf, dan aku juga tahu kalau Asyraf tahu akan perasaan Irdeena terhadapnya. Dia cuma abaikan untuk kebaikkan diriku.

"You jangan ingat you boleh dapat Asyraf semudah itu, Arisha. I boleh buat apa saja untuk dapatkan hati Asyraf. " bisik Irdeena dia tepi telingaku. berbaur amaran disitu.

Aku tak pasti jika dia berani melakukan apa yang dia katakan, tapi aku berpegang pada prinsip 'follow the flow but be careful'.

"Awak?" Aku tersedar dari lamunan.

"Awak fikir apa?, jauh termenung." Kata Asyraf.

"Takde apa, saya cuma fikir kita nak buat apa sementara awak dan saya cuti ni." Kami tidak la mengambil cuti lama dalam 2 minggu sahaja. Kami masih merahsiakan status kami yang sekarang. Maklum suamiku ini ramai peminatnya.

Asyraf juga risau jika berlaku apa-apa pada diriku jika ada yang tidak berpuas hati terhadapku. Takkan la projek baru siap dah dapat tawan hati CEO si hati beku tu?

"Don't worry, I have many ideas for tomorrow and beyond. Now let's enjoy first."

Asyraf bangun dari duduk, manakala aku masih terpinga-pinga dengan kelakuannya. Asyraf berjalan meninggalkan aku dibelakang, tanpa membuang masa aku membuntuti Asyraf dari belakang.

Asyraf menyewa sebuah basikal dua pengayuh untuk 50 minit. Aku tak la reti sangat bawa basikal ni jadi aku mengambil tempat di bahagian belakang, Asyraf pula di depan.

Kami pusing satu taman botani ini sambil melihat karenah orang awam bersama keluarga mereka. Kami mengayuh basikal sambil bergelak tawa. Paling seronok kami berdua tersesat di laluan berliku yang menjadi tarikan ramai, tapi kerana masih pagi orang tidak terlalu ramai disini.

Percikan air pancut di tasik membasahi wajah kami. Segar.

Setelah masa menyewa telah tamat aku dan Asyraf berjalan untuk memcari makan, dah kayuh jauh-jauh lapar dibuatnya.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now