Bab 14

148 6 0
                                        

Hari ni adalah hari Sabtu, bermakna hari menenangkan otak telah tiba!

Setelah dua minggu aku tidak berjumpa dengan Tasya akhirnya kami dapat berkongsi cerita.

"Macam tak percaya sia dia CEO kau." Kata Tasya

"Ya! Dah la annoying gila."

Setelah Tasya dan Isha habis bercerita tentang mereka di tempat kerja. Akhirnya mereka berlalu pergi ke Shopping Mall berdekatan kafe tersebut.

Mereka sedang membeli belah untuk keperluan rumah sewa Tasya. Tasya menyewa rumah berdekatan tempat dia bekerja agar mudah untuk ulang alik.

Tasya ni seorang yang suka makan buah jadi mereka telah mengambil banyak masa di kawasan buah-buahan sahaja.

"Weh anak siapa ni, kenapa dia macam sesat je?" Tanyaku pada Tasya.

"Entah, cuba la kau tanya kut la dia jawab." Jawabnya.

Mereka berdua menuju ke kanak-kanak perempuan itu.

"Adik, Mana mak adik?" Tanya Isha untuk kepastian. Kut la mak dia ada je kat situ tak ke dia ingat aku nak culik anak dia.

"M-mama.." Kanak-kanak tersebut mula menangis.

"Eh, jangan la nangis. Jom ikut kakak balik rumah mama adik nak?" Ajakku untuk menyuruh kanak-kanak itu berhenti menangis. Karang orang awam pulak ingatkan aku nak culik budak comel ni.

Tanpa jawapan kanak-kanak itu terus memegang tangan Isha. Tanda setuju.

"Eh? mana Arlyn? Arlyn! Arlyn!"

Encik CEO Muda [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang