Bab 36

96 3 0
                                    

"Encik Asyraf dalam fasa kritikal, saya tak boleh nak berjanji kalau encik Asyraf akan selamat tapi kami akan cuba sebaik mungkin untuk selamatkan encik Asyraf. Harap puan boleh bersabar dan terus berdoa. " Kata Doktor Khuzairi lalu dia masuk ke bilik wad Asyraf semula.

Aku terduduk mendengar kata-kata Doktor Khuzairi tersebut.

Tasya berada disebelahku. Sedia menemani dan menjadi penguatku menggantikan ibu dan abah. Ibu dan Abah tak dapat pulang ke Malaysia dalam masa yang agak singkat setelah penerbangannya pagi tadi.

Aku memberitahu mereka sebaik sahaja aku tiba di Hospital Kuala Lumpur. Dapat aku dengarkan nada risau dan takut dari mereka. Mana tidaknya, sewaktu menghantar mereka untuk ke London pagi tadi Asyraf baik-baik saja.

"Akak dah makan tengah hari?" tanya Aiman yang sedia menunggu dari tadi. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku taknak makan dan tiada selera selagi tak dapat berita tentang suamiku.

"Kau kena makan Isha, nanti gastrik. Kalau Asyraf tahu mesti dia marah." Kata Tasya sambil mengusap belakang tubuh Arisha.

Mama, Papa, abah dan ibu yang baru bergerak ke London pagi tadi bergegas pulang ke Malaysia semula. Rezeki mereka ketika pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket, mereka dapat tiket yang membuat penerbangan 3 jam lagi.

Semasa di dalam kapal terbang Mama tidak sedap hati dan sangat gelisah. Papa hanya mampu menenangkan dgn mengusap tangan Mama sahaja.

Pada pukul 12:47AM mereka tiba di Hospital, mereka terus berlari ke wad Asyraf yang telah di beritahu oleh Aiman.

Setelah mereka tiba di hadapan wad Asyraf, terlihat Arisha, Aiman, Tasya dan beberapa orang jururawat dia situ. Tasya yang berada bersebelahan dengan Arisha hanya memeluk Arisha yang sedang menangis teresak-esak.

Setelah jururawat tersebut keluar dari wad. Mama dan Papa terus mendekati Asyraf yang sedang terbaring kaku dia atas katil pesakit.

Mama membuka kain yang menutupi wajah Asyraf untuk dilihat buat kali terakhir, mama menangis terduduk di sebelah katil pesakit itu.

Setelah 9 jam Asyraf bertarung nyawa, dia telah di sahkan meninggal dunia pada pukul 12:30AM tadi. Suasana di wad Asyraf sangat menyedihkan.

Darwish dan Irdeena yang lihat dari luar wad memandang sesama sendiri dan tersenyum sinis.

-Tamat-

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now