Bab 24

127 7 0
                                        

"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Arisha Nabila binti Mohd Naqib dengan mas kahwinnya RM 10,000 tunai."

"Aku terima nikah Arisha Nabila binti Mohd Naqib dengan mas kahwinnya RM 10,000 tunai."

Dengan sekali lafaz aku telah menjadi milik Asyraf sepenuhnya. Kami hanya bertunang lebih kurang sebulan 23 hari sahaja. Haa! aku ingat tau.

Walaupun masa yang agak singkat, tapi aku yakin dia layak untuk jadi suami aku.

Selepas sahaja sesi akad nikah berakhir, kini sesi pembatalan air wuduk.

Asyraf duduk di sebelahku. Kami saling menghadap. Asyraf merenung dalam ke arah anak mataku yang berwarna dark brown itu.

"Assalamualaikum Isteriku." Kata Asyraf dengan perlahan. Senyuman terukir manis dibibirnya.

Aku menangis terharu dengan dirinya yang telah menerima diriku untuk menjadi tulang belakangnya.

Sejujurnya aku tak sangka lelaki yang aku tak tahu latar belakangnya, kini menjadi suamiku. Dari satu tragedi yang membuatkan aku tak suka pada dia, kini dia telah mengubah segalanya menjadi cinta.

Aku harap perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat.

Asyraf memegang tangan kananku untuk menyarungkan cincin berupa permata pada jari manisku. Air mataku menitis sekali lagi.

Kini giliranku untuk menyarungkan cincin pada jarinya. Aku dapat merasakan sedikit getaran. Aku hanya senyum padanya. Lalu aku cium tangan suamiku itu.

"Awak okey?" Tanya Isha pada suaminya.

"I am happy because you are mine now." Balas Asyraf

Asyraf meletakkan tangan besarnya pada belakang kepalaku. Lalu dia mencium dahiku. Kami kembali duduk tegak. Asyraf memandang mataku.

"I Love You, Arisha Nabila." Kata Asyraf tiba-tiba.

"Ala, bersemut dekat sini pulak diaorang ni." bisik Aiman.
_______

Majlis telah berakhir, kini kami mahu pulang dan berehat. Penat juga ya jadi pengantin.

Kami menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Asyraf.

"Awak okey?" Tanya Asyraf.

"Okay je, penat sikit la."

"Awak jangan ambil hati pasal Deena ya, dia memang dari dulu macam tu." Jelas Asyraf.

"Tak ada lah."
"Tapi kenapa saya tak pernah tahu pasal dia?" Tanyaku pada Asyraf.

"Dia baru balik dari New York minggu lepas, mak dia kenal mama. Saya dengan dia agak rapat waktu zaman sekolah menengah." Kata Asyraf dengan panjang lebar.

"Selain tu, Apa hubungan awak dengan dia?"

"Hubungan apa? Kitaorang memang kawan je la. Awak jangan risau la. Saya sayang awak sorang je." Kata Asyraf.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang