Walaupun cuti cuma dua hari, ibu takkan lepaskan peluang untuk carikan pasangan buatku.
"Adik, kawan ibu ada sorang anak lelaki. Handsome tu.. handsome! Ala-ala Park Solomon gitu. Ramai minat dekat dia. Cuba la adik try kut-kut dapat." Senyum gatal. Ibu pun sebenarnya sama gatal dengan Tasya cuma ibu ni versi baik punya.
"Apa ibu ni? layan la Korea tu kan dah terpengaruh." kataku. Sebenarnya aku dengan ibu memang kaki Korea, jadi tak heran la kalau macam ni. Biasa dah pun. Darwish aku kenal pun dari ibu.
"Cuba la jumpa dia dulu."
"Petang nanti la ibu. Adik nak sambung episod 10 cerita Dark Hole ni. Ibu tak nak join ke?" Tanyaku. Saja nak suruh ibu tukar topik.
"Eh mesti la ibu nak!" Ibu terus duduk di sebelahku untuk menonton cerita Korea yang aku pasang di televisyen rumahku.
Aku pergi ke lokasi dimana ibu hantar padaku. Ini ke? Apa pelik sangat nama gerainya.
"Hi? Awak Isha ke?" Tanya seorang lelaki.
"Eh! ya saya. Awak Danial?" Tanyaku pula.
"Ya! Saya Danial." jawabnya dengan semangat.
Kami mengambil tempat berdekatan dengan kaunter untuk mudah mengambil pesanan kami.
Kami borak sedikit sebanyak yang kami ingin tahu tentang antara kami. Pekerjaan dan sebagainya.
Tiba-tiba Danial perasan dengan gerak-geri Isha yang seperti nampak seseorang. Isha pula mula menutup mukanya dengan tangan agar tiada orang yang kenal bahawa itu adalah Isha.
"Kenapa la dia ada dekat sini pula?!" Kataku dengan perlahan.
"Hah? Apa dia?" Tanyanya. Takut aku mengata dia la tu.
"Hehe, tak ada apa-apa." Jawabku. Mataku tetap mencari kelibat yang baru sahaja aku nampak tadi.
Selesai sahaja perjumpaan kami tadi. Aku terus memandu kereta pulang. Dalam empat puluh minit aku telah tiba di rumah. Aku bergegas masuk kedalam rumah, berharap tiada siapa yang mengikutiku. Risau aku kalau mamat tu ikut aku balik rumah untuk memastikan itu aku atau bukan.
"Kenapa aku takut sangat ni?"
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...