Mengingatkan kembali kata Irdeena padaku pagi tadi membuatkan aku rasa diriku bagai dicabar. Kehadiran tanpa diundangnya pagi tadi membuatkan semua orang yang berada dirumah menjadi tidak selesa dengannya.
Bagiku apa yang dikatakan oleh Irdeena padaku bukan hal yang terlalu besar. Aku suka dicabar. Aku akan buktikan padanya.
_________
"Awak, jom keluar." Ajak Asyraf.
"Bagi saya lima puluh minit untuk bersiap." mintaku. Siapa suruh ajak last minit.
"Anything for you, Dear."
"I'm will wait for you in the car."Aku hanya mengangguk dan berlalu pergi untuk bersiap. Aku sebenarnya bukan jenis yang bersiap lama tapi saja minta masa lama-lama, biar dia menyesal sebab ajak aku last minit macam ni.
Setelah tiga puluh minit berlalu, kini aku telah sedia untuk keluar bersama Asyraf. Aku meminta diri dengan mereka yang berada di ruang tamu lalu berlalu pergi menuju ke dalam kereta.
"Sorry awak saya lambat." Kataku.
"It's okay dear, come in."
Aku masuk ke dalam kereta. Aku membuka percakapan diantara kami berdua.
"Cantik tak baju saya hari ni?"
"Gorgeous. Whatever you wear, it will look beautiful in my eyes." Kenyataan yang mampu membuatkan wajahku bertukar suhu.
Setelah itu aku hanya melihat kehadapan tanpa bersuara. Agak canggung dengan dirinya yang pendiam. Tapi akan terbiasa juga setelah sekian lamanya nanti.
Suami aku ni boleh dikategorikan dengan lelaki yang hanya dengan orang yang dia sayang je dia akan jadi manja. Jadi tak pelik la kalau kami senyap je sepanjang jalan.
Asyraf membawaku ke taman tasik botani. Aku tak pasti tujuan utamanya membawa aku kesini disebabkan apa, tapi aku hanya mengikut sahaja langkahnya.
Kami berhenti di sebuah pondok berhadapan dengan tasik. Terdapat ramai pengunjung yang membawa anak-anak mereka bermain disini pada waktu petang.
"Mulai hari ini kita perlu mencipta kenangan yang terindah di antara kita." Asyraf memecahkan kesunyian di antara kami.
"Semestinya. Saya akan pastikan kita mempunyai banyak kenangan indah!" Balasku yakin. Aku berkahwin dengannya juga disebabkan aku yakin Asyraf boleh membahagiakan dan mencipta memori indah.
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
Roman d'amourPertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...