Sudah dua bulan aku bekerja di NA Company. Projek yang aku pegang juga berjalan dengan lancar.
"Projek yang awak pegang sekarang dah nak siap. Esok awak kena pergi buat pemantauan." Kata Asyraf
"Baik, Kalau macam tu saya pergi dulu."
Asyraf mengangguk. Tanda setuju. Isha mahu berlalu pergi.
"Kali ni awak pergi dengan saya."
Kata-kata itu membuatkan aku berhenti melangkah. Aku berpaling pada Asyraf.
"Huh?"
"Awak pergi dengan saya."
"Kenapa pulak saya kena pergi dengan Encik Asyraf? Biasa bukan saya pergi dengan Encik Aiman je"
"This time I will accompany you, Saya kan CEO awak."
"Erk, Baik."
Isha berlalu pergi dari bilik kerja Asyraf.
________
Tibanya kami di lokasi aku terasa sangat bangga dengan hasil projek yang dirancang oleh aku sendiri berjalan dengan lancar.
"Wah, tak siap lagi dah boleh bayang rupa bangunan dia!" Aku teruja.
"Your idea, right?."
Aku hanya senyum pada Encik Asyraf. Ya! Idea aku!
Kami meronda setiap kawasan untuk memastikan tiada kesilapan yang bakal terjadi.
Kiw kiw, kiw kiw, Cukurukuk, Cukurukuk..
Suara panggilan telefonku berbunyi. Aku menggangkat panggilan itu dengan pantas kerana nada dering yang diubah oleh Aliya untuk mengenakan aku semalam lupa untuk diubah kembali kepada asal. Aku meminta izin pada Asyraf untuk pergi menjawab panggilan. Asyraf hanya senyum.
"Hello Isha! Hang pi mana. Dah satu bangunan aku cari tak jumpa."
"Ya hello, Assalamualaikum. Cuba jangan jerit-jerit, bawak bersabar. Aku dekat apartment belum jadi ni. Kenapa?"
"Huh? Dengan siapa?!" Ingin tahu Aliya.
"Dengan Encik CEO kita tu la." Jawabku.
"Oh, ingat dengan siapa la tadi."
"Kenapa kau call ni?"
"Hehe, tak ada apalah. Saja nak ingatkan sekarang dah petang, Jangan lupa makan ya!"
Risau sangat Encik Setiausaha dia tu keluar dengan aku. Upss..
Petang? Aku melihat jam pada telefon pintarku. Terpapar jam yang menunjukkan pukul 2:37 petang. Oh tidak! Waktu makanku lewat 1 jam 37 minit. Aku ni dah la ada gastrik mahu kena marah dengan Abah sebab tak makan.
Setelah aku menamatkan panggilan bersama Aliya tadi. Aku datang semula pada Asyraf.
"Jom pergi cari makan."Ajaknya
Macam mana dia tahu apa yang aku nak cakap? Aku hanya mengangguk.
Kami pergi ke restoran yang pernah aku pergi bersama Aiman.
Kami makan makanan yang telah dipesan dengan keadaan yang sunyi. Mungkin Encik Asyraf berpefang dengan istilah 'Makan jangan bercakap'.
Habis sahaja makan. Kami tidak mahu melengahkan lagi masa untuk pulang ke pejabat. Kami terus menuju ke kereta yang dibawa oleh Asyraf.
"Wah! Nampaknya ada yang putus dengan boyfriend kesayangan.."
Aku dan Asyraf berpaling ke arah suara tersebut dengan serentak.
ANDA SEDANG MEMBACA
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...
![Encik CEO Muda [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/353581226-64-k299667.jpg)