Malam Perasmian...
"Arisha, CEO dah sampai." Kata Hisham. Salah seorang pekerja.
"Baik." Aku mengangguk.
Aku merupakan emcee untuk malam perasmian ini.
"Hadirin sekalian, diminta untuk mengambil tempat dan duduk dalam keadaan yang selesa kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi."
Selama 10 minit kami menunggu ketibaan CEO di pintu masuk dewan. Akhirnya tiba.
"Menjemput yang berusaha Chief Executive Officer (CEO) untuk masuk ke dalam dewan."
Majlis makan malam berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang.
Disebabkan aku bukan jenis yang bergaul kalau orang tak tegur aku, jadi aku hanya makan di meja makan bersama Aliya dan rakan sepejabat sahaja.
Aku ingin mencari makanan yang aku mahu. Setelah itu aku mahu pusing-pusing dewan yang besar ni. Aku datang tadi tak sempat nak tengok-tengok sebab dah dihiasi dengan pelbagai hiasan dan ada beberapa orang telah tiba.
Aku jalan sambil makan beberapa creampuff. Sebenarnya aku nak cari kelibat Asyraf juga.
Aku jumpa Asyraf yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Tiba-tiba Asyraf dan seorang rakannya berdiri untuk pergi kesuatu tempat.
Aku hanya melihat dan berpusing badan untuk ke tempat lain. Tiba-tiba aku tersentak kerana aku dapat merasakan sesuatu yang sejuk mengalir di tubuhku. Air tumpah.
"Upss Sorry.. I tak sengaja. You pun jalan kenapa tak tangok orang?" Riak berlagak.
Aku hanya tunduk melihat pakaianku yang kini basah.
"Are you okay?"
Aku mengangkat kepala dan senyum datar. Menandakan tak berapa baik. Mataku mencari kelibat perempuan itu. Hilang. Mungkin dia pergi sebab aku tak jawab apa-apa.
"Ikut saya." Dia menarik tanganku untuk elak dari ramai yang lihat. Aku ikutnya.
Kami berada di depan tandas.
"Awak keringkan baju awak dekat sini dulu. Kalau rasa nak keluar awak cover baju awak dengan blazer ni." Dia menghulurkan blazernya kepadaku. Aku mengambilnya. Lalu dia pergi dari situ.
"Izz kau dari mana? tiba-tiba je hilang. Aku baru nak kenalkan kau dengan tunang aku tadi."
"Dari tandas, tadi ada yang baju dia tertumpah air sebab orang langgar. Kau pun tahu kawan kau ni baik. Mestilah aku pergi tolong. Cantik!" Riak teruja.
"Jangan seronok sangat pekerja sini ramai juga yang dah kahwin." Kata Asyraf pada rakan baiknya. Izzuan.
"Ish kau ni potong line lah." Muka tak puas hati. Mentang-mentanglah dah dapat cinta hati sendiri. Kawan sendiri nak berangan pun dia tak support.
"Mana tunang kau?" Tanya Izzuan.
"Tula dia pun hilang kemana. Next time lah kita keluar sama-sama." Jawab Asyraf
![](https://img.wattpad.com/cover/353581226-288-k299667.jpg)
YOU ARE READING
Encik CEO Muda [COMPLETE]
RomancePertemuan yang menjengkelkan bagi Arisha Nabila membuatkan dirinya malu di tempat awam. "Ha? macam tu je ke? Woi! pastu baju aku ni macam mana?" - Arisha Nabila Dan kembali bertemu dengan cara yang mengejutkan. "Hi dear. Kenapa terkejut ke?" - Ayd...