Bab 31

41 2 0
                                    

"Awak bangun, Dah lambat!" Jeritku kepada Asyraf yang sedang lena di atas katil empuk itu. Ini semua kerana kemahuan Asyraf, meminta untuk aku menemaninya menonton bola malam tadi.

Asyraf terkejut mendengar jeritan itu. Dia terus bangun dan mengambil baju yang telah aku gosok di dalam almari untuk pergi ke bilik air bawah. Tak sempat dah nak kongsi bilik air.

Kami pergi ke tempat kerja, asing. Dia naik kereta dia, aku naik kereta aku.

"Awak saya pergi dulu! " Jerit Asyraf dari tangga. Aku masih melilitkan selendang di atas kepalaku. Bila dah lambat ni macam-macam tak jadi, dengan pin tudung terjatuh tak jumpanya. Haish..

Setibanya aku di office, aku berlari untuk tidak terlambat, tapi hampa. 8:10 tertera pada jam tanganku.

Aku berjalan ke tempat dudukku dengan badmood. First day kerja dah jadi macam ni. Walaupun suami aku CEO syarikat ni tapi kita kena tetap disiplin tau dalam mencari rezeki ni.

"Ui, baru balik cuti dah lambat ke?" Tegur Aliya.

"Hm. Doakan boss tak cari eh. Takut ni" Kataku pada Aliya.

Aku dan Aliya hanya senyum sesama sendiri. Melanjutkan kerja yang aku tangguh selama 2 minggu.

"Arisha, Encik Asyraf nak jumpa." Kata Riana

Aliya pandang aku. Aku pandang Aliya. Aku nak kena marah ke? tapi dia pun lambat juga.

Isha menuju ke bilik kerja Asyraf. Tiba-tiba dia melihat sosok tubuh perempuan yang agak dia kenali masuk ke bilik Asyraf itu. Irdeena? Dia buat apa dekat sini?

Firasat perempuanku mengatakan ada sesuatu yang Irdeena ingin lakukan, tetapi ditepis pula dengan firasat isteri yang mengatakan benda tu takkan terjadi selagi Asyraf setia padanya.

Aku teruskan langkahku untuk ke bilik kerja Asyraf, tetapi langkah kakiku berhenti kerana terdengar suara Irdeena.

"You, I rindu you sangat-sangat. Sampai hati you kahwin dengan orang lain, kenapa bukan I."

" What are you talking about, Deena? Are you crazy?" Marah Asyraf dengan tingkah laku Irdeena yang tiba-tiba itu.

"Yes, i'm crazy because of you, Raf." Tak malunya la, perempuan ni. Lelaki orang pun nak ditibainya.

"For what? I have found my life partner. She has everything I want in a wife. What else do you want? Deena." Berang Asyraf mendengarkan rayuan Irdeena itu. Asyraf bangun dari kerusinya dan terus keluar dari bilik kerjanya.

Asyraf tersentak apabila melihat aku yang berada di tepi pintu bilik kerjanya itu. Dengan pantas dia menarik tanganku untuk mengikutinya.

Encik CEO Muda [COMPLETE]Where stories live. Discover now