"MAAF, Tan Sri. Saya tak dapat halang dia. Dia buat kecoh..." Tak sempat Josh habiskan ayatnya, telapak tangan Tan Sri Ruzain diangkat ke udara membuatkan bicara Josh tergantung. Dia dapat lihat dengan jelas wajah kemerahan Julian di belakang Josh atau dia patut gelar Julian sebagai 'bekas kekasih' Adalee.
"Let him in," arah Tan Sri Ruzain tegas. Wajahnya agak tidak senang dengan kehadiran tidak dipinta Julian. Fail-fail dan kertas yang berantakan di atas meja cukup membuktikan bahawa dia adalah seorang lelaki yang sibuk dengan kerjaya. Langsung tiada masa untuk ambil tahu hal remeh-temeh seperti ini.
"Baik, Tan Sri." Josh menghela nafas lega sembari jelingan tajam dihadiahkan kepada Julian yang membuat harinya menjadi kecoh hari ini.
"Sila.." Separuh tidak rela Josh memberi ruang kepada Julian yang datang tanpa berhubung dengannya terlebih dahulu. Dia ingat dia siapa? Cemuh hati Josh.
Usai Josh meninggalkan mereka berdua dalam ruangan pejabat Tan Sri Ruzain, Julian tanpa salam suai kenal langsung saja melabuhkan duduk di hadapan Tan Sri Ruzain. Wajah yang dipamer kepada Tan Sri Ruzain dicalit tanpa sebarang senyuman.
"Jadi, apa urusan kau ke sini?" Tan Sri Ruzain memulakan mukadimah. Tidak betah melihat anak muda di hadapannya duduk terlalu lama dalam ruangan kerjanya ini.
"Aku yakin kau tahu punca Adalee kemalangan. After all, you're somebody." Julian tatap wajah Tan Sri Ruzain serius. Perkataan somebody itu ditekan separa kuat, mahu menunjukkan bahawa dia tidak main-main dan serius dengan segala ucapannya hari ini.
Hampir saja Tan Sri Ruzain melepaskan tawanya. Somebody? "Yes, I am somebody. Tapi untuk perkara kecil seperti itu, bukan bidang aku."
Julian seperti tersentak dengan jawapan Tan Sri Ruzain. Jadi, siapa yang tahu sebenarnya? Siapa dalang di sebalik kemalangan yang menghancurkan karier Adalee.
"And mungkin kau lupa, Adalee itu ialah Raudhah Ma'wa." Sekali lagi Tan Sri Ruzain mengingatkan Julian tentang fakta yang tidak dapat disangkal itu lagi.
"Aku tak main-main Ruzain. Aku serius. Siapa dalangnya?" Julian sudah naik angin mendengar nama asing itu di pelupuk telinganya. Rahsia apa lagi yang Adalee sorok daripadanya?
"Dan aku juga tak main-main, Julian Li." Pandangan mata Tan Sri Ruzain menggelap dan berubah tegas. Berdesing telinganya mendengar seseorang yang jauh lebih muda dengan muda memanggil namanya.
"Kalau takde apa-apa lagi, kau boleh keluar. As you can see, I am a busy man," halau Tan Sri Ruzain seraya ibu jarinya menekan punat khas untuk memanggil Josh ke mari.
"Kau tahu Adalee dekat mana sekarang?" Julian mencuba nasibnya sekali lagi. Dia datang ke sini hanya dengan satu tujuan. Untuk mengetahui dalang di sebalik kemalangan Adalee dan keberadaan Adalee tika ini.
Dia sangkakan lelaki ini adalah lelaki yang tepat untuk mencari tentang keberadaan Adalee. Ternyata, lelaki ini tidak berguna sama sekali sedangkan Adalee adalah anak perempuannya. Ayah mana yang boleh setenang ini?
"Dalang pun aku tak tahu, apatah lagi keberadaannya. Untuk pengetahuan kau, sejak Adalee bertekad nak jadi model, aku dah halau dia keluar dari rumah." Tanpa nada Tan Sri Ruzain membuka kisah lama sekaligus memaklumkan kepada Julian bahawa antara dia dan Adalee, sudah tiada apa lagi yang mengikat mereka.
"Ayah jenis apa kau ni?" Tak semena terletus ayat itu daripada bibir Julian. Serentak dengan itu, kepala Tan Sri Ruzain yang tadinya sibuk menilik kertas-kertas kerja terdongak sejajar dengan Julian.
"Well, I think we're done here. Josh.." Terima sahaja isyarat daripada Tan Sri Ruzain, pantas sahaja Josh menarik Julian untuk keluar daripada ruangan kerja itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langkah Pendosa
Roman d'amour[On-Going] UPDATE SETIAP HARI JUMAAT Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya...
