08

39 9 0
                                    

Hyebin melangkah keluar dari kelas dengan langkah lemah. Lemah kerana hari itu Hyojeong tidak datang jadi dia bersendirian sepanjang hari. Makan pun tidak kerana dia tidak suka sorang-sorang ke kafeteria.

Sampai sahaja ke kereta yang menunggu di luar sekolah, Hyebin terus masuk dan mengeluh.

"Hanbin ah, aku lapar. Kita kena pergi makan dulu sebelum balik boleh kan?"

Dia menyandarkan kepalanya ke bahu Hanbin.

"Kau tak makan ke rehat tadi?"

Hanbin di kerusi hadapan menoleh ke arahnya. Hyebin menggeleng.

"Hyojeong takde, jadi aku takde kawan nak ke kafe," adunya.

"Kenapa tak cakap? Aku boleh belikan makanan untuk kau,"

"Aku tak nak orang tahu-,"

Hyebin terdiam tiba-tiba. Otaknya cuba memproses situasi saat itu. Kalau Hanbin di hadapan, siapa di sebelahnya. Perlahan kepalanya diangkat dan dia memandang pemilik bahu tempat dia bersandar sejak tadi.

"Kau?!" terus dia menjarakkan tubuhnya.

"Gila, ada batu ke dalam kepala kau? Berat semacam," Jeonghyeon meregangkan bahu dan lengannya sambil mengeluh kecil.

"Dia memang kepala batu dari kecil. Degil," Hanbin ketawa setelah mengutuk kembarnya.

"Tak guna. Ni kenapa dia ada kat sini? Sibuk je, semua tempat nak ada dia!" ujar Hyebin tidak puas hati.

"Kalau tak suka tengok aku, sila keluar," ujar Jeonghyeon selamba.

Membuatkan Hyebin makin sakit hati dengan lelaki itu. Berani lelaki itu menghalaunya dari kereta keluarganya sendiri.

"Hanbin ah, mana kau jumpa boyfriend kau ni. Annoying gila," ujar Hyebin berang.

"Tch, dia yang annoying. Tak sedar diri," ujar Jeonghyeon perlahan.

"Yaa, kau cakap apa? Ingat aku tak dengar ke?" Hyebin makin naik angin.

Sudah lah dia lapar, terpaksa pula berhadapan dengan lelaki seperti Jeonghyeon yang baginya sangat menjengkelkan itu.

"Bagus lah kalau dengar. Tak payah aku nak ulang banyak kali,"

"Tak guna. Kau ni-,"

"Yaa, dah lah tu. Korang berdua ni aku hantuk kepala nanti baru tahu," Hanbin akhirnya mencelah.

Kalau dibiarkan, boleh terbalik kereta itu dengan pergaduhan mereka.

"Ahjussi, kita singgah makan dekat kedai biasa tu ya. Kesian Hyebin, nanti mati kelaparan pula dia,"

HimWhere stories live. Discover now